TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kandungan
Kandungan siaran
Tobacco Endgame merupakan satu sasaran yang telah ditetapkan oleh Pakar Kesihatan NCD global untuk mencapai peratusan merokok kurang daripada 5% (<5%). Bagi mencapai sasaran tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan satu peruntukan baharu di bawah Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam iaitu peruntukan Generasi Penamat Rokok iaitu satu bentuk perlindungan kepada Generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya daripada bahaya sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape. Oleh itu, #GenerasiPenamatRokok disarankan untuk tidak terlibat dengan sebarang akitiviti yang melibatkan produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape. #SayaSokongGenerasiPenamatRokok