TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kandungan
Kandungan siaran
Perbuatan merokok bukan sahaja memudaratkan kesihatan perokok tetapi juga orang sekeliling terutamanya kanak-kanak. Apabila seseorang merokok, kesan-kesan sisa tembakau masih melekat pada baju, kulit dan rambut. Sehubungan itu, orang sekeliling terutamanya kanak-kanak tidak boleh dianggap bebas daripada bahaya rokok apabila perokok merokok di luar bangunan. Oleh itu, orang ramai terutamanya kanak-kanak hendaklah menjauhi perokok agar dapat mengurangkan risiko kesihatan yang berpunca daripada sisa asap basi seperti masalah saluran pernafasan, serangan asma, perkembangan otak terencat dan jangkitan paru-paru.