TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #30988

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan37,200Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan13 Jun13/06/2023, 07:17 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Sekiranya #GenerasiPenamatRokok tidak dilaksanakan, kerajaan bakal berdepan dengan kos rawatan perubatan yang tinggi. Dengan anggaran pertumbuhan penduduk sebanyak 1.5% (Jabatan Statistik Malaysia, 2015) dalam masa 5 tahun dan juga kenaikan kos perubatan sebanyak 5% setahun untuk kos rawatan bagi penyedia perkhidmatan dan kos pesakit (Al-Junid et al., 2007; Health Care Cost of Smoking in Malaysia, SEATCA report), kerajaan bakal berdepan dengan kos untuk merawat HANYA TIGA daripada penyakit akibat merokok konvensional (kanser paru-paru, serangan jantung dan chronic obstructive airway disease) sebanyak RM8.77 billion menjelang 2030. Oleh itu, pelaksanaan Generasi Penamat Rokok dapat menguntungkan negara kerana kos rawatan penyakit berpunca daripada rokok lebih tinggi berbanding kutipan cukai rokok. #SayaSokongGenerasiPenamatRokok