TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #31037

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan121,000Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan11 Dis11/12/2023, 10:01 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil perhatian serius terhadap suatu hantaran facebook yang mendakwa kementerian ini telah pun menandatangani "perjanjian vaksin", yang kononnya memaksa rakyat di negara ini untuk mengambil vaksin. KKM ingin menegaskan bahawa tangkap layar ini merupakan kandungan yang memberi persepsi negatif kepada kementerian, yang mana dakwaan tersebut adalah tidak benar. Sebenarnya foto tersebut memaparkan, YB Dr. Zaliha Mustafa yang mewakili negara dalam pembaharuan WHO Global Service Centre (GSC), Host Country Agreement (HCA) pada 31 Januari 2023, menerusi hubungan kerjasama negara dalam sektor kesihatan demi pembangunan modal insan dan meningkatkan daya saing agar lebih kompetitif dalam kalangan ahli anggota WHO, bukan seperti yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam posting berkenaan. Sehubungan itu, KKM menyeru kepada orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan sesetengah pihak yang ingin menimbulkan kegusaran awam berkaitan KKM.