TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #31044

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan137,000Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan19 Dis19/12/2023, 03:50 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala. Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak, dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10. Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.