TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #31046

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan111,000Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan20 Dis20/12/2023, 02:38 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan Sistem Amaran Awal (Heightened Alert System, HAS) bagi tujuan pengukuhan kesiapsiagaan menghadapi situasi COVID-19 dalam negara. Tiga indikator digunakan iaitu Transmisi COVID-19, Pengendalian Kes dan Kapasiti Hospital untuk Respon. Indikator pertama melihat kepada bilangan kes bagi setiap 100,000 penduduk. Indikator kedua menilai tahap keterukan kes iaitu kadar kematian kes. Manakala indikator ketiga dikira daripada kadar kemasukan ke hospital bagi setiap 100,000 penduduk. Dengan HAS ini, KKM dapat membuat perancangan sumber-sumber yang diperlukan, mengikut tahap amaran tinggi, sederhana dan rendah.