TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #31053

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan135,000Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan26 Dis26/12/2023, 02:37 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Amalan pemakaian pelitup muka masih perlu diteruskan oleh setiap individu dalam fasa peralihan ke endemik. Ini adalah bagi memberi perlindungan kepada golongan berisiko tinggi 😷 Pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung dan mulut sepenuhnya. Namun masih terdapat dalam kalangan kita yang memakai pelitup muka dengan cara yang salah. Oleh itu, KKM ingin menyeru orang ramai supaya tidak leka dan terus memakai pelitup muka dengan betul kerana virus SARS-CoV-2 ini mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan. Saling menegur secara berhemah sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka apabila bergejala atau memakainya dengan tidak betul. Lakukan amalan solidariti ini bagi kebaikan bersama.