TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #31080

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan110,000Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan30 Jan30/01/2024, 11:29 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada 11 November hingga Mac 2024. Peningkatan curahan hujan berikutan Musim Monsun Timur Laut ini boleh menyumbang kepada peningkatan bekas berpotensi pembiakan nyamuk Aedes. Justeru, masyarakat disarankan bersama-sama melakukan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan denggi semasa dan selepas banjir. Masyarakat perlu mengambil cakna mengenai masalah denggi dan sentiasa memastikan persekitaran tempat tinggal bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.