Kandungan siaran
EMPAT CORAK CUACA SEMASA MONSUN BARAT DAYA Anda perlu peka dengan empat kesan cuaca semasa Monsun Barat Daya ini iaitu kemungkinan akan berlaku jerebu, cuaca yang kering, kebakaran hutan dan penyusutan paras air empangan. Oleh itu, MetMalaysia telah menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran secara terbuka bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar. Selain itu, anda dinasihatkan untuk tidak membuang puntung rokok merata-rata, minum air secukupnya dan hadkan aktiviti luar. Paling penting adalah anda perlu menyimpan bekalan air secukupnya serta sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Sumber: Malaysian Meteorological Department #PekaAmaran #PatuhArahan #MalaysiaMADANI #MalaysiaMadaniSiagaBencana #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama