TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #31202

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan96,800Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan5 Jul05/07/2024, 05:15 PG
Kandungan

Kandungan siaran

ππ„π‘π‡π€π“πˆπ€π: π€πŒπ€π‘π€π πŠπ„π‡π€πƒπˆπ‘π€π π†π€π’π“π‘πŽππŽπƒπ€ ππ„π‘ππ€π‡π€π˜π€ πƒπˆ ππ„π‘π€πˆπ‘π€π πŒπ„π‘π’πˆππ†, π‰πŽπ‡πŽπ‘ Jabatan Perikanan Negeri Johor memberi amaran kepada orang ramai tentang bahaya gastropoda yang dikenalpasti sebagai Petropoda (π‘ͺπ’“π’†π’”π’†π’Šπ’” π’‚π’„π’Šπ’„π’–π’π’‚), khususnya di perairan Mersing, Johor. Kehadiran Petropoda dikesan oleh pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung pada 11 Jun 2024 di kepulauan Mersing. Petropoda berasal dari perairan tropika dan subtropika. Perubahan iklim, peningkatan suhu air, dan air ballast perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesis ini ke perairan Malaysia. Moluska ini mempunyai sengat yang boleh menyebabkan keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik. Kesan ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit manusia. Dapatkan rawatan perubatan segera jika terkena sengatan. DOF akan memantau kehadiran Petropoda sehingga situasi selamat dan menasihatkan orang ramai jauhi aktiviti berkaitan air buat masa ini. Sumber DoF Malaysia