TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #31275

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan139,000Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan14 Mac14/03/2025, 09:56 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Pencemaran silang adalah pergerakan fizikal atau pemindahan bakteria berbahaya dari orang, bahan mentah atau kawasan yang kotor ke makanan yang siap dimasak atau makanan yang dimakan terus. Pengendali makanan atau pekerja yang tidak menjaga kebersihan peralatan penyediaan makanan boleh menyebabkan pencemaran silang. Pencemaran silang juga boleh berlaku di rumah semasa kita menyediakan makanan di dapur. Peralatan seperti papan pemotong boleh menjadi medium untuk pencemaran silang berlaku. #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #IhsanMADANI #SkuadIhsanMADANI #TaatSetia #HarungiBersama