TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #31292

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan83,400Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan30 Jul30/07/2025, 08:34 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Ada apa dengan Demam Campak (Measles) ? Sedarkah anda bahawa demam campak bukan biasa-biasa. Ia boleh menjadi mudarat dan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk. Anak pada mulanya mungkin hanya batuk dan demam ringan. Beberapa hari kemudian, muncul ruam merah, suhu badan semakin tinggi dan anak mula sukar bernafas. Demam Campak bukan sekadar ruam biasa. Ia boleh menyebabkan pneumonia, keradangan otak malahan kematian. Patuhi jadual imunisasi anak anda. Imunisasi boleh mengurangkan risiko komplikasi demam campak yang lebih teruk. #HentikanDemamCampakLindungiAnakKita