TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kandungan
Kandungan siaran
Bermula 4 Ogos 2025 sehingga 12 Oktober 2025, Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan pemberian imunisasi measles rubella untuk perlindungan tambahan demam campak dan rubella secara PERCUMA kepada semua kanak-kanak berumur 6 bulan sehingga 59 bulan (kanak-kanak yang lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025). Ibu bapa atau penjaga boleh menempah slot melalui aplikasi MySejahtera; atau daftar janji temu di klinik kesihatan KKM; atau walk in ke klinik kesihatan KKM. #HentikanDemamCampakLindungiAnakKita #MySejahtera #KKMPrihatin