TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #31329

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan49,900Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan20 Nov20/11/2025, 08:05 PG
Kandungan

Kandungan siaran

RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula pada 24 November 2025 dan berterusan sehingga 27 November 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan. Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan. Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Masa dikeluarkan: 3.45 petang Tarikh: 20 November 2025 #ramalancuacasignifikan #metmalaysia #NRES #MalaysiaMADANI