TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← () => "翠楼屋"

TGINSIGHT SIMILAR POSTS

查找相似内容

Source channel @lambdaexpression · Post #310 · 2月13日

by iPhone13 Pro #摄影

Hashtags

Results

找到 1 条相似帖子

搜索 #malaysiaaustria

当前筛选 #malaysiaaustria清除筛选

[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° TYT Sepp Schellhorn, Timbalan Menteri Luar Negeri Austria telah mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada 30 April 2026. Semasa lawatan tersebut, Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan TYT Schellhorn. ° Lawatan ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatan beliau ke beberapa negara Asia Tenggara, termasuk Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) di Brunei Darussalam. Perbincangan tertumpu kepada penerokaan bidang kerjasama baharu; khususnya dalam semikonduktor, teknologi hijau, pertahanan dan TVET. Perbincangan juga merangkumi hubungan Malaysia–EU serta isu-isu semasa serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. 🌺 Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Austria untuk terus memperkukuh perkongsian strategik. Kedua-dua pihak menegaskan kepentingan mempertingkat kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pengurusan tenaga, tenaga kerja serta hubungan sesama rakyat, dengan matlamat bersama untuk memajukan hubungan dua hala yang stabil, berpandangan ke hadapan dan saling menguntungkan. 🇲🇾🤝🇦🇹 #WismaPutra#HubunganDuaHala#BilateralAffairs#MalaysiaAustria#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DXv5e5BE8Mb/?igsh=M3UyajI5bjk4MDZm