TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← () => "翠楼屋"

TGINSIGHT SIMILAR POSTS

查找相似内容

Source channel @lambdaexpression · Post #310 · 2月13日

by iPhone13 Pro #摄影

Hashtags

Results

找到 96 条相似帖子

搜索 #taatsetia

当前筛选 #taatsetia清除筛选
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm · Post #31259 · 2025/01/08 07:23

Human Metapneumovirus (hMPV) adalah jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dari keluarga Pneumoviridae. Jangkitan hMPV bukanlah penyakit baharu dan tidak diwajibkan untuk dinotifikasi di bawah Akta 342. Gejala penyakit ini seperti batuk, sakit tekak, demam, selesema, dan sakit kepala adalah sama dengan gejala penyakit jangkitan saluran pernafasan yang lain. Untuk mencegah jangkitan, amalkan langkah-langkah seperti kerap mencuci tangan, menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, serta memakai pelitup muka, terutama di tempat sesak atau jika bergejala. Dengan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan langkah pencegahan, kita dapat bersama-sama mencegah penyebaran jangkitan penyakit saluran pernafasan, termasuk hMPV. Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan untuk kesejahteraan semua. #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #TaatSetia

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm · Post #31256 · 2025/01/05 14:27

📌 Saksikan temu bual bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood, Pakar Perubatan Kesihatan Awam daripada Bahagian Kawalan Penyakit KKM yang akan membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan penyakit 'human metapneumovirus' hMPV. Platform: Selamat Pagi Malaysia RTM 📺 Tarikh: 6 Januari 2025 (Isnin) 🗓️ Masa: 8:15 Pagi Topik: Wabak hMPV di China, Adakah Sama Seperti COVID-19? #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #TaatSetia

[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Ketua Protokol, Ambassador Ikram bin Mohd Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Fung Ho-Yin Owin, Pengarah Pejabat Perdagangan dan Ekonomi Hong Kong (HK-ETO) Kuala Lumpur di Wisma Putra pada 10 Mac 2026. ° Ketua Protokol turut merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Fung atas pelantikan beliau sebagai Pengarah pertama HK-ETO susulan pembukaan pejabat tersebut pada Disember 2025. 🌺 Perbincangan turut menyentuh perkara-perkara berkaitan protokol, aspek operasi Pejabat serta potensi kerjasama yang memberi manfaat bersama. #WismaPutra#DiplomasiMADANI#TaatSetia#MalaysiaMADANI#MADANIBekerja https://www.instagram.com/p/DVu6gw1k1bc/?igsh=bnpwc2szM2Rkc3k1

✅ PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA, MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KE-15 TAHUN 2026 | RABU, 4 MAC 2026 “Malaysia kekal tegas dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin serta mengutuk sekeras-kerasnya keganasan, serangan ketenteraan dan sekatan ke atas penduduk awam di Gaza. Malaysia terus melaksanakan usaha diplomatik di pelbagai peringkat antarabangsa serta memanfaatkan platform seperti PBB, OIC, NAM dan ASEAN bagi menggesa pelaksanaan gencatan senjata yang kekal, perlindungan rakyat Palestin serta akses bantuan kemanusiaan tanpa sekatan ke Gaza.” #WismaPutra#DiplomasiMADANI#MalaysiaMADANI#TaatSetia#MADANIBekerja https://www.instagram.com/reel/DVfyzOcE382/?igsh=MXI3MDdvM21sM2ViYg==

✅ PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA, MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KE-15 TAHUN 2026 | SELASA, 3 MAC 2026 Wisma Putra telah membuka Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam serta menggerakkan pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara yang terlibat dan kawasan berhampiran bagi memantau perkembangan semasa secara berterusan. Bagi jemaah umrah yang terkandas, Wisma Putra juga telah meminta syarikat-syarikat pengendali umrah berkaitan untuk turut sama memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam menyelaraskan bantuan kepada para jemaah. Pada masa yang sama, Wisma Putra turut berunding dengan Tabung Haji bagi penyelarasan bantuan di Jeddah serta terus meneliti dan memantau keadaan di rantau ini. Setakat ini, belum terdapat keperluan untuk pelaksanaan pelan evakuasi dan Kementerian akan terus memantau situasi semasa dengan teliti. #WismaPutra#DiplomasiMADANI#MalaysiaMADANI#TaatSetia#MADANIBekerja https://www.instagram.com/reel/DVczex9k8EZ/?igsh=Z3VxdmhzOHl2NnB0

✅ PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA, MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KE-15 TAHUN 2026 | SELASA, 3 MAC 2026 Wisma Putra telah membuka Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam serta menggerakkan pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara yang terlibat dan kawasan berhampiran bagi memantau perkembangan semasa secara berterusan. Bagi jemaah umrah yang terkandas, Wisma Putra juga telah meminta syarikat-syarikat pengendali umrah berkaitan untuk turut sama memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam menyelaraskan bantuan kepada para jemaah. Pada masa yang sama, Wisma Putra turut berunding dengan Tabung Haji bagi penyelarasan bantuan di Jeddah serta terus meneliti dan memantau keadaan di rantau ini. Setakat ini, belum terdapat keperluan untuk pelaksanaan pelan evakuasi dan Kementerian akan terus memantau situasi semasa dengan teliti. #WismaPutra#DiplomasiMADANI#MalaysiaMADANI#TaatSetia#MADANIBekerja https://www.instagram.com/reel/DVczex9k8EZ/?igsh=Z3VxdmhzOHl2NnB0

✅ PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA, MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KE-15 TAHUN 2026 | SELASA, 3 MAC 2026 Dalam proses penetapan sempadan maritim antara Malaysia dan negara yang terlibat, Kerajaan mengambil langkah diplomatik selaras dengan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS 1982), melalui rundingan dengan negara jiran. Malaysia kekal tegas dan konsisten dalam mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara, serta akan mengemukakan Nota Bantahan Diplomatik sekiranya berlaku pencerobohan perairan negara. Pendekatan "whole of government" terus dilaksanakan bagi menyelaras tindakan Kerajaan dalam menjamin keselamatan perairan Malaysia, dengan penglibatan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Rondaan, pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan Malaysia sentiasa terpelihara. #WismaPutra#DiplomasiMADANI#MalaysiaMADANI#TaatSetia#MADANIBekerja https://www.instagram.com/reel/DVcsclsE_pc/?igsh=MXBrdm02OHFrejE1Ng==

✅ PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA, MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KE-15 TAHUN 2026 | ISNIN, 2 MAC 2026 “Dalam memastikan perkongsian beban yang lebih adil dalam pengurusan pelarian dan pemohon suaka, Malaysia melaksanakan usaha diplomatik, penyelarasan dasar domestik dan kerjasama antarabangsa, termasuk rundingan dengan negara jiran dan negara ketiga serta pengukuhan kerjasama dengan UNHCR dan IOM. Kuota penerimaan pelarian tertakluk kepada kesediaan dan kapasiti negara penempatan semula, dan Malaysia akan terus bekerjasama bagi meningkatkan serta mempercepatkan kadar penempatan semula pelarian dari Malaysia.” #WismaPutra#DiplomasiMADANI#MalaysiaMADANI#TaatSetia#MADANIBekerja https://www.instagram.com/reel/DVaHro1kxV9/?igsh=dWt5N20xdjdzdjV4

✅ PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA, MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KE-15 TAHUN 2026 | SELASA, 24 FEBRUARI 2026 “Kerajaan komited memuktamadkan sempadan darat, maritim dan udara melalui rundingan aman berlandaskan undang-undang antarabangsa. Proses ini memerlukan penelitian teknikal dan perundangan yang teliti serta mengambil masa. Dalam masa yang sama, pertimbangan diplomatik diberi keutamaan bagi memelihara hubungan baik, menghormati kedaulatan dan mengekalkan kestabilan serantau. Kementerian Luar Negeri akan terus menggembleng kerjasama "whole of government" bersama kementerian, agensi dan kerajaan negeri dalam rundingan dengan negara jiran bagi mencapai penyelesaian yang dipersetujui bersama.” #WismaPutra#DiplomasiMADANI#MalaysiaMADANI#TaatSetia#MADANIBekerja https://www.instagram.com/reel/DVJNqg2ky79/?igsh=OWlzOWJkY21hcmd2

✅ PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KE-15 TAHUN 2026 I SELASA, 10 FEBRUARI 2026 “Malaysia mengambil maklum penyertaan India dalam Quadrilateral Security Dialogue (Quad), manakala Malaysia bersama ASEAN berpegang kepada ASEAN Outlook on the Indo-Pacific (AOIP) yang menekankan keterangkuman dan keseimbangan strategik. Kedua-dua negara berkongsi kepentingan memastikan keamanan dan keselamatan maritim Indo-Pasifik terpelihara demi kestabilan negara-negara pesisir serta laluan perdagangan. Malaysia akan terus memainkan peranan seimbang dan konstruktif, termasuk menegaskan kepentingan keselamatan dan kebebasan di Laut China Selatan melalui pemuktamadan Code of Conduct in the South China Sea (COC).” #WismaPutra#DiplomasiMADANI#MalaysiaMADANI#TaatSetia#MADANIBekerja https://www.instagram.com/reel/DUmwaevE943/?igsh=MXhhdm9pd3dweHJqZA==

✅ PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KE-15 TAHUN 2026 I SELASA, 10 FEBRUARI 2026 “Hubungan diplomatik Malaysia dan India telah terjalin sekian lama, khususnya dalam konteks people-to-people, dan diperkukuh melalui Lawatan Rasmi Perdana Menteri India ke Malaysia sebagai lawatan balas kepada kunjungan rasmi Perdana Menteri ke India pada tahun 2024. Hubungan dagang kedua-dua negara mencecah hampir USD19 bilion, dengan Malaysia menikmati lebihan dagangan melalui eksport utama seperti minyak sawit serta produk elektrikal dan elektronik. Tumpuan kedua-dua negara pada masa ini adalah untuk memperkasa kerjasama strategik termasuk dalam perdagangan dan keselamatan seperti keselamatan siber (cybersecurity).” #WismaPutra#DiplomasiMADANI#MalaysiaMADANI#TaatSetia#MADANIBekerja https://www.instagram.com/reel/DUmtwOWk4R2/?igsh=MWU5N3Y5eXJybXh5aA==

123•••78
上一页第 1/8 页下一页