TGINSIGHT POST
Post #13461
@mofamalaysia
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
Contentum
[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN mengenai Situasi di Timur Tengah, yang dipengerusikan oleh PYT Ma. Theresa P. Lazaro, Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Filipina. Malaysia telah diwakili oleh Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha merangkap Pegawai Kanan ASEAN (SOM) Malaysia. ° Mesyuarat telah membincangkan impak konflik terhadap keselamatan tenaga global, rantaian bekalan, serta keselamatan warga ASEAN di kawasan yang terjejas. ° Mesyuarat turut menegaskan semula seruan untuk menghentikan permusuhan dengan segera, menghormati undang-undang antarabangsa, dan mengekalkan dialog secara aman. ° Para Menteri bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk memperkukuh kerjasama serantau serta meningkatkan koordinasi merentas tonggak antara Menteri-menteri Luar Negeri dan Menteri-menteri Ekonomi ASEAN bagi memastikan tindak balas yang lebih sinergi dan tepat pada masanya terhadap krisis ini. 🌺 Mesyuarat menekankan kepentingan memanfaatkan mekanisme sedia ada untuk mengurangkan kesan krisis, termasuk inisiatif Grid Tenaga ASEAN, Rangka Kerja ASEAN mengenai Keselamatan Petroleum (APSA), kerjasama dengan badan sektoral berkaitan, serta rangka kerja kerjasama ASEAN sedia ada seperti ASEAN Campur Tiga (APT) dan ASEAN- Majlis Kerjasama Teluk (GCC). 🇲🇾🌐 | Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN mengenai Situasi di Timur Tengah #WismaPutra#ASEAN#ASEANMalaysia #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DV4rSkNk8yh/?igsh=MmMzN3U3M29pNnZq