TGTGInsightintelligentia telegramLIVE / telegram public index
Redi ad canales
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official avatar

TGINSIGHT CHAT

Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

@mofamalaysia

Politica

#ApaKhabar👋#RakanWisma🇲🇾🌐⤵️ ↗️Saluran Telegram Rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia 🇲🇾 | Official Telegram Channel for Malaysia’s Ministry of Foreign Affairs 🇲🇾 ↗️#MyASEAN2025#MYASEANChair2025#KeterangkumanDanKemampanan

Subscriptores1,840Numerus subscriptorum hodiernus
Scripta custodita1,008Scripta numerata
Attingentia recens1,842Visiones scriptorum recentium
Scripta recentia

Scripta recentia

Nota: #aseanmalaysia · 11 scripta

当前筛选 #aseanmalaysia清除筛选

Editum Apr 9

[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha selaku Pegawai Kanan ASEAN Malaysia mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN yang berlangsung di Manila, Filipina, pada 7 April 2026. 🌺 Mesyuarat tersebut membincangkan perkara-perkara berkepentingan ASEAN seperti Kepusatan ASEAN dalam mendepani cabaran semasa, sambutan ulang tahun ke-50 Triti Mengenai Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara, serta persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 yang bakal diadakan di Cebu, Filipina pada bulan Mei 2026 kelak. 🇲🇾🌐 | Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN #WismaPutra#ASEANSOM#ASEANMalaysia#DiplomasiMADANI#TaatSetia https://www.instagram.com/p/DW5qs6XEavx/?igsh=dGIyOXBvbjA4bG8x

161 views

Editum Mar 15

[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN mengenai Situasi di Timur Tengah, yang dipengerusikan oleh PYT Ma. Theresa P. Lazaro, Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Filipina. Malaysia telah diwakili oleh Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha merangkap Pegawai Kanan ASEAN (SOM) Malaysia. ° Mesyuarat telah membincangkan impak konflik terhadap keselamatan tenaga global, rantaian bekalan, serta keselamatan warga ASEAN di kawasan yang terjejas. ° Mesyuarat turut menegaskan semula seruan untuk menghentikan permusuhan dengan segera, menghormati undang-undang antarabangsa, dan mengekalkan dialog secara aman. ° Para Menteri bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk memperkukuh kerjasama serantau serta meningkatkan koordinasi merentas tonggak antara Menteri-menteri Luar Negeri dan Menteri-menteri Ekonomi ASEAN bagi memastikan tindak balas yang lebih sinergi dan tepat pada masanya terhadap krisis ini. 🌺 Mesyuarat menekankan kepentingan memanfaatkan mekanisme sedia ada untuk mengurangkan kesan krisis, termasuk inisiatif Grid Tenaga ASEAN, Rangka Kerja ASEAN mengenai Keselamatan Petroleum (APSA), kerjasama dengan badan sektoral berkaitan, serta rangka kerja kerjasama ASEAN sedia ada seperti ASEAN Campur Tiga (APT) dan ASEAN- Majlis Kerjasama Teluk (GCC). 🇲🇾🌐 | Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN mengenai Situasi di Timur Tengah #WismaPutra#ASEAN#ASEANMalaysia #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DV4rSkNk8yh/?igsh=MmMzN3U3M29pNnZq

192 views

Editum Mar 9

ApaKhabar✋ | SalamASEAN RakanWisma🇲🇾🌐 📢 Nominations for the ASEAN Prize 2026 are now open! The award recognises individuals and organisations whose contributions have made a meaningful impact in strengthening the ASEAN Community. ° Nominations are open from 3 March to 25 May 2026 through each country’s ASEAN National Focal Point. Know someone deserving? 🫴 Learn more and submit your nomination here ⤵️https://asean.org/asean-launches-call-for-nomination #WismaPutra#ASEANMalaysia#ASEANPrize#ASEANCommunity#RegionalImpact https://www.instagram.com/p/DVpcm6qk_mU/?igsh=dWxrdmN5c2swNTll

90 views

Editum Feb 5

✋ Apa Khabar! RakanWisma 🇲🇾🌐 📌 Malaysia telah menyertai Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN–China mengenai Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak di Laut China Selatan (SOM-DOC) ke-25, yang diikuti oleh Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama ASEAN–China (JWG-DOC) ke-51. Mesyuarat ini mencerminkan kemajuan signifikan ASEAN dan China dalam melaksanakan DOC serta memajukan rundingan ke arah Kod Tatalaku (COC) yang substantif dan berkesan. 🌺 Kehadiran Timor-Leste ke mesyuarat ini adalah amat dialu-alukan susulan kemasukannya ke ASEAN, di samping penghargaan kepada Filipina selaku tuan rumah dan Pengerusi ASEAN, sejajar dengan komitmen memperkukuh kerjasama serantau melalui Diplomasi MADANI. #WismaPutra#ASEANSOMDOC25#ASEANMalaysia#ASEANPH2026#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DUXDY2lk7t2/?igsh=YXc5OTd1NzZ1czRr

96 views

Editum Feb 4

✋ Apa Khabar! RakanWisma 🇲🇾🌐 📌 Pada 29 Januari 2026, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri menghadiri Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) di Cebu, Filipina. Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Filipina atas Kepengerusian ASEAN 2026 serta menegaskan sokongan Malaysia terhadap kepimpinan Filipina dalam menerajui ASEAN ke arah kepengerusian yang berjaya. 🌺 Mesyuarat membincangkan keutamaan Kepengerusian ASEAN Filipina 2026, isu serantau dan antarabangsa termasuk Laut China Selatan, Myanmar dan Gaza, serta menzahirkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh Diplomasi MADANI, multilateralisme dan keamanan serantau. #WismaPutra#AMMRetreat#ASEANMalaysia #ASEANPH2026#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DUWqWbHE3zF/?igsh=MWlvNTMxd3JyNm50dQ==

86 views

Editum Feb 4

[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha bersama rakan sejawatnya dari Republik Rakyat China, PYT Hou Yanqi, telah mempengerusikan bersama ASEAN-China Senior Officials’ Meeting on the Implementation of the Declaration of the Conduct of Parties in the South China Sea (SOM-DOC) ke-25. • Ini diikuti oleh Meeting of the ASEAN-China Joint Working Group on the Implementation of the Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (JWG-DOC) ke-51 yang diadakan secara berturutan dan dipengerusikan bersama oleh Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin, Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Maritim (JHEM), Kementerian Luar Negeri dan Encik Tan Qingsheng, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Sempadan dan Laut, Kementerian Luar Negeri Republik Rakyat China. • ASEAN dan China telah mencapai kemajuan yang signifikan dalam usaha-usaha bersama untuk melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak di Laut China Selatan (DOC) serta memajukan rundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC). Ini mencerminkan komitmen bersama untuk memuktamadkan COC yang substantif dan efektif dalam tempoh yang diharapkan. 🌺 Kehadiran Timor-Leste ke mesyuarat-mesyuarat ini adalah sangat dialu-alukan susulan kemasukannya ke ASEAN, serta merakamkan penghargaan yang setulus-tulusnya kepada Filipina, sebagai tuan rumah dan kini Pengerusi ASEAN, atas layanan yang amat baik. 🇲🇾🌐 | ASEAN SOM-DOC Ke-25 #WismaPutra#ASEANSOMDOC25#ASEANMalaysia#ASEANPH2026#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DUQemtNk6np/?igsh=MWI2ZWc3cjVoZDd1Mg==

122 views

Editum Jan 30

[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! Mabuhay! RakanWisma🇲🇾🌐 • Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri telah menghadiri Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) di Cebu, Filipina pada 29 Januari 2026. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Filipina atas Kepengerusian ASEAN bagi tahun 2026 serta menegaskan sokongan Malaysia terhadap kepimpinan Filipina dalam menerajui ASEAN ke arah kepengerusian yang berjaya. • Mesyuarat telah membincangkan keutamaan dan keberhasilan di bawah Kepengerusian ASEAN Filipina 2026, susulan kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, serta hasil Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN berhubung situasi semasa antara Kemboja dan Thailand. Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN turut membincangkan hubungan luar ASEAN serta bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa. • Berhubung isu serantau dan antarabangsa, Menteri Luar Negeri menyatakan kebimbangan terhadap persaingan kuasa besar, peningkatan tindakan unilateral, serta kemorosotan multilateralisme dan aturan antarabangsa berasaskan peraturan. Beliau juga menyatakan kebimbangan terhadap situasi di Myanmar susulan pilihan raya yang baru diadakan. 🌺 Mengenai Laut China Selatan, beliau menyeru agar momentum dikekalkan ke arah memuktamadkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) yang berkesan dan substantif pada Julai 2026. Mengenai Gaza, beliau mengecam operasi ketenteraan berterusan Israel serta pembunuhan orang awam di Palestin. 🇲🇾🌐 | AMM RETREAT 2026 #WismaPutra#AMMRetreat#ASEANMalaysia#ASEANPH2026#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DUH2hvsE2p2/?igsh=dGU5Y2R6MXlhdWJk

388 views

Editum Jan 29

[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! Mabuhay! RakanWisma🇲🇾🌐 • Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri telah menghadiri Sesi Konsultasi Tidak Rasmi dan Sesi Konsultasi Tidak Rasmi Terbuka yang membincangkan mengenai situasi di Myanmar pada 28 Januari 2026 di Cebu, Filipina. Mesyuarat-mesyuarat tersebut telah diadakan bersempena dengan Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN (AMM Retreat), di bawah Kepengerusian ASEAN Filipina 2026. • Semasa mesyuarat-mesyuarat tersebut, Menteri Luar Negeri menekankan kepentingan memanfaatkan mekanisme Troika dalam memudah cara usaha berterusan ASEAN bagi menangani krisis di Myanmar. Pada tahun ini, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN terdahulu terus menyokong peranan Troika, bersama Filipina (Pengerusi semasa) dan Singapura (Pengerusi akan datang). 🌺 Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN turut menegaskan kepentingan perpaduan ASEAN dalam menangani krisis di Myanmar, serta menyeru Myanmar supaya menunaikan tanggungjawabnya sebagai sebuah negara anggota ASEAN dengan melaksanakan keputusan-keputusan yang telah dipersetujui oleh Pemimpin ASEAN. 🇲🇾🌐ASEANTroika | AMM Retreat 📸 Kredit foto : FMO #WismaPutra#ASEANTroika#AMMRetreat#ASEANMalaysia#ASEANPH https://www.instagram.com/p/DUE9ABTE6gI/?igsh=a2diNGp5NHE2ZG9p

194 views

Editum Jan 29

[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! Mabuhay! RakanWisma🇲🇾🌐 • Pada 28 Januari 2026, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha merangkap Pegawai Kanan ASEAN (SOM) Malaysia, telah menghadiri Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN di Cebu, Filipina. • Mesyuarat tersebut membincangkan keutamaan dan keberhasilan di bawah Kepengerusian ASEAN Filipina 2026 serta tindakan susulan terhadap keputusan-keputusan yang dibuat pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan ke-47 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan. Selain itu, SOM turut membincangkan isu mengenai hubungan luar ASEAN, serta persiapan bagi Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan turut dibincangkan. 🌺 Ketua Setiausaha turut merakamkan penghargaan kepada Negara-negara Anggota ASEAN dan Sekretariat ASEAN atas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 dan menzahirkan keyakinan serta sokongan Malaysia kepada Filipina dalam menerajui ASEAN selaku Pengerusi bagi tahun 2026. 🇲🇾🌐ASEANSOM | AMM Retreat 📸 Kredit foto : FMO #WismaPutra#ASEANSOM#AMMRetreat#ASEANMalaysia#ASEANPH2026 https://www.instagram.com/p/DUE6-r8E-d6/?igsh=eXpiOHN6djNlcWUw

103 views

Editum Jan 27

[⏭️ English caption@comment section] ✋Apa Khabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha merangkap Pegawai Kanan ASEAN (SOM) Malaysia, telah mengadakan pertemuan dua hala dengan PYT Ina Hagniningtyas Krisnamurthi, Pegawai Kanan ASEAN (SOM) Indonesia, di sela-sela Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN (AMM Retreat) pada 27 Januari 2026 di Cebu, Filipina. • Mesyuarat tersebut merupakan pertemuan pengenalan yang memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan ASEAN yang berkepentingan bersama. 🌺 Perbincangan turut menyentuh persiapan bagi mesyuarat-mesyuarat AMM yang akan datang, termasuk perkembangan di Laut China Selatan dan situasi di Myanmar. 🇲🇾🤝🇮🇩 | AMM Retreat #WismaPutra#AMMRetreat#ASEANMalaysia#ASEANPH2026#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DUAvTgzE2Bi/?igsh=MWNsc3J4Z2kzZzc5dQ==

269 views

Editum Jan 27

[⏭️ English caption@comment section] ✋Apa Khabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Pada 27 Januari 2026, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha merangkap Pegawai Kanan ASEAN (SOM) Malaysia, telah mengadakan pertemuan dua hala dengan TYT Leo M. Herrera-Lim, Pegawai Kanan ASEAN (SOM) Filipina, di sela-sela Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN (AMM Retreat). • Sesi Pemukiman dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan merupakan mesyuarat peringkat Menteri yang pertama dalam Kalendar ASEAN, dan akan diadakan pada 28–29 Januari 2026, di bawah Kepengerusian ASEAN Filipina. Ketua Setiausaha merakamkan ucapan tahniah dan maju jaya kepada Filipina sebagai Pengerusi ASEAN 2026 serta menyatakan sokongan penuh Malaysia terhadap Kepengerusiannya. 🌺 Perbincangan merangkumi pelbagai topik termasuk persiapan bagi Sesi Pemukiman dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC), isu Laut China Selatan, situasi di Myanmar, serta isu-isu dua hala berkepentingan bersama. 🇲🇾🤝🇵🇭 | AMM Retreat #WismaPutra#AMMRetreat#ASEANMalaysia#ASEANPH2026#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DUAua0PE3tP/?igsh=MTMydmJ6ZmJ5bXNzdw==

141 views