Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan mengadakan perbualan telefon bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain serta Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kami saling bertukar ucapan Aidilfitri, sambil mendoakan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran buat seluruh rakyat di kedua-dua negara.
Perbualan turut menjurus kepada perkembangan semasa di Asia Barat yang kian meruncing. Saya menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap ketegangan yang berlarutan serta implikasinya kepada keselamatan serantau dan kesejahteraan rakyat, di samping menyampaikan takziah atas kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda akibat daripada serangan balas yang berlaku.
Malaysia kekal berpendirian bahawa segala pertikaian mesti ditangani melalui jalan damai. Dialog, diplomasi dan kerjasama erat antara negara adalah satu-satunya jalan ke hadapan bagi meredakan ketegangan dan mengembalikan kestabilan, selaras dengan tuntutan kemanusiaan dan prinsip keadilan sejagat.
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
Diberi kesempatan menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam di Kuala Lumpur.
Dalam suasana penuh hormat kami menzahirkan iltizam bersama untuk memperkukuh hubungan istimewa Malaysia dan Brunei berteraskan amanah, saling percaya dan kesepakatan dalam mendepani cabaran serantau serta global.
Hubungan ini bukan sekadar diplomasi, tetapi ikatan persaudaraan yang berakar dalam sejarah dan diperkukuh oleh kejujuran serta tekad bersama untuk menjamin kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
Semoga jalinan ini terus mekar dan dipelihara, demi masa depan yang lebih aman, stabil dan makmur.
🇲🇾🤝🇧🇳
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#DiplomasiMADANI
Mengakhiri kunjungan singkat ke Republik Indonesia.
Dalam mendepani ketidaktentuan global saat ini, kesepakatan Malaysia dan Indonesia menjadi semakin penting, dengan kedua-dua negara sepakat untuk terus berganding bahu, memperkukuh kerjasama strategik serta memperhebat ikhtiar diplomasi demi memastikan kestabilan serantau dan kesejahteraan rakyat.
Semoga silaturahmi antara dua negara serumpun ini terus diperteguh ke tahap yang lebih utuh dan wibawa, Insya-Allah.
🇲🇾🤝🇮🇩
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
Pertemuan penuh makna bersama Presiden Prabowo hari ini membuka ruang konstruktif dalam mencari titik persamaan mendepani konflik Asia Barat yang kini menekan keselamatan tenaga serta kestabilan ekonomi dunia.
Dalam ketidaktentuan global yang kian meruncing, Malaysia dan Indonesia menegaskan keperluan memperkukuh kesepaduan serantau yang berprinsip bagi memelihara keamanan, menjamin kestabilan serta memperkukuh daya tahan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.
Kami sepakat untuk mempergiat usaha diplomasi bagi meredakan konflik, melindungi nyawa orang awam serta membuka ruang rundingan ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan. Pada masa sama, kelangsungan rantaian bekalan global serta laluan perdagangan strategik termasuk Selat Hormuz mesti dipastikan tidak terjejas.
Saya turut maklumkan terkait interaksi dengan rakan-rakan pimpinan antarabangsa sebagai usaha menyatakan solidariti, menyelaras pandangan selain meneliti dampak global, khususnya dalam aspek tenaga dan keselamatan serantau.
Malaysia kekal dengan pendirian tegas, menolak keganasan, menjunjung undang-undang antarabangsa dan menggesa semua pihak kembali kepada jalan damai.
🇲🇾🤝🇮🇩
Foto: Sekretariat Presiden RI
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
Selamat tiba di Jakarta, Republik Indonesia bagi mengadakan pertemuan bersama sahabat saya, Presiden Prabowo Subianto.
Insya-Allah, pertemuan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membincangkan perkembangan konflik Asia Barat yang kian meruncing, serta implikasinya terhadap kestabilan serantau dan ekonomi global, termasuk kesannya kepada Malaysia dan Indonesia.
🇲🇾🇮🇩
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
Malam ini saya meraikan sahabat yang juga rakan sejawat dari Singapura, Lawrence Wong di Seri Negara sempena lawatan khas ke Malaysia.
Pertemuan hari ini cukup bermakna tatkala ia berlangsung di sebuah rumah agam berusia lebih seabad, saksi kepada pelbagai detik penting sejarah, termasuk pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 serta Perjanjian Kemerdekaan pada 1957.
Saya dan PM Lawrence meneruskan coretan sejarah ini dalam pertemuan selama hampir tiga jam. Kami sempat meninjau serta mendengar penerangan mengenai sejarah dan usaha pemuliharaan Seri Negara menerusi inisiatif Warisan Kuala Lumpur.
Kami kemudiannya berbuka puasa bersama, sebelum meneruskan pertemuan empat mata sewaktu makan malam, membicarakan usaha mempererat persahabatan Malaysia-Singapura serta memperkukuh kerjasama dalam menyelesaikan isu tertunggak melibatkan kedua-dua negara sahabat.
Saya amat menghargai kunjungan PM Lawrence yang menjadi manifestasi persahabatan kedua-dua negara, di samping memperteguh hubungan peribadi antara kami.
Semoga pertemuan ini serta keberkatan Ramadan terus menyuburkan persefahaman dan kemakmuran berpanjangan kepada rakyat Malaysia dan Singapura.
🇲🇾🫶🇸🇬
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#DiplomasiMADANI
Hari terakhir lawatan rasmi PM Modi semalam berlangsung dalam suasana mesra dan penuh kepercayaan, dengan pertemuan serta perbincangan yang mengukuhkan lagi hubungan erat Malaysia-India.
Lawatan ini melabuhkan tirai dengan rasa optimis bahawa persahabatan kedua-dua negara akan terus berkembang, berakar pada sejarah yang panjang dan dipacu oleh semangat saling menghormati serta harapan bersama ke hadapan.
🇲🇾🤝🇮🇳
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#DiplomasiMADANI
Sekitar hari pertama kunjungan PM Modi semalam, bermula dengan sambutan di Kompleks Bunga Raya, sebelum kami langsung ke Seri Kembangan untuk bertemu komuniti India.
Semoga persahabatan Malaysia dan India, yang berakar pada hubungan budaya, sejarah dan ekonomi yang telah terjalin berabad lamanya, terus mekar dan diperkukuh demi manfaat bersama.
=====
Day one of Narendra Modi’s visit began with a warm welcome at the Bunga Raya Complex, followed by a meaningful engagement with the Indian community in Seri Kembangan, reflecting the enduring Malaysia–India friendship built on shared history, culture and people to people ties.
🇲🇾🇮🇳
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#DiplomasiMADANI
Usai urusan rasmi, kami menghadiri majlis jamuan tengah hari yang diserikan dengan persembahan tarian serta kebudayaan penuh memukau memperlihatkan keindahan warisan seni dan kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan kedua-dua negara.
Sesi santai yang disulami aneka juadah istimewa Malaysia dan India ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara delegasi, malah menjadi ruang bermakna untuk saling mengenali identiti, tradisi dan keunikan budaya masing-masing.
Moga hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan India akan terus diperkukuh, demi memacu kemakmuran serta kesejahteraan bersama, sekali gus membawa manfaat berpanjangan kepada rakyat kedua-dua negara.
//
Following the official engagements, we attended a luncheon with cultural performances highlighting artistic heritage and diversity celebrated by both nations.
This informal gathering, featuring Malaysian and Indian delicacies, strengthened ties and offered an opportunity to understand each other’s traditions.
🇲🇾🤝🇮🇳
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#DiplomasiMADANI
Kemuncak lawatan rasmi Kerajaan India ke Malaysia dimaknai dengan pertukaran 11 memorandum dan nota persefahaman yang disaksikan oleh saya dan PM Modi, mencerminkan kesepakatan kedua-dua negara untuk melonjakkan kerjasama strategik dalam pelbagai lapangan, antaranya meliputi:
🤝 Perdagangan & pelaburan
🤝 Semikonduktor
🤝 Pengurusan bencana
🤝 Pemuliharaan hidupan liar
🤝 Kebajikan pekerja
🤝 TVET
🤝 Keselamatan
🤝 Kesihatan
Dalam sidang media bersama selepas itu, saya tegaskan bahawa hubungan Malaysia–India terbina atas persahabatan yang terjalin sejak sekian lama, berpaksikan kepercayaan dan saling menghormati, dan terus diperkukuh demi kemakmuran bersama.
Saya percaya kerjasama ekonomi kedua-dua negara boleh diperkasa, termasuk menerusi peningkatan perdagangan dua hala, memperluas penggunaan ringgit dan rupee dalam pelaburan serta perdagangan, di samping mempercepat kerjasama dalam sektor bernilai tinggi seperti semikonduktor, tenaga dan ekonomi digital.
Pendidikan juga kekal dekat di hati saya, dengan komitmen untuk membuka lebih banyak ruang pertukaran pelajar dan kerjasama institusi pengajian tinggi, di samping memperkukuh TVET serta pembangunan bakat yang akan membentuk generasi masa depan.
Menyentuh isu serantau dan antarabangsa, saya zahirkan penghargaan terhadap komitmen tegas PM Modi dalam menyokong usaha keamanan dunia, termasuk berhubung situasi di Asia Barat khususnya Gaza, serta konflik Ukraine-Rusia.
Dalam semangat persahabatan ini, saya turut menyatakan persetujuan Malaysia terhadap pembukaan Konsulat India di Kota Kinabalu, Sabah.
=====
Today’s official visit by the Government of India to Malaysia reached a key milestone with the exchange of 11 memoranda and notes of understanding, witnessed by Prime Minister Modi and myself, a clear signal of our shared commitment to deepen strategic cooperation.
At the joint press conference, I expressed confidence that our economic partnership can go further, by expanding bilateral trade, encouraging wider use of the ringgit and rupee in trade and investment, and accelerating collaboration in high-value sectors such as semiconductors, energy and the digital economy.
Education remains central to this relationship. We are committed to expanding student exchanges, strengthening institutional ties, and reinforcing TVET and talent development to prepare the next generation in both countries.
On regional and international developments, I conveyed my appreciation for Prime Minister Modi’s firm support for global peace efforts, including in West Asia, particularly Gaza, as well as in relation to the conflicts involving Ukraine and Russia. In the same spirit, I also expressed Malaysia’s agreement to the opening of an Indian Consulate in Kota Kinabalu, Sabah.
🇲🇾🤝🇮🇳
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#DiplomasiMADANI
Usai sambutan rasmi, saya bersama PM Modi mengadakan pertemuan empat mata selama hampir satu jam, sebelum mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala yang berlangsung dalam suasana mesra, terbuka serta konstruktif.
Perbincangan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama strategik merangkumi pelbagai bidang utama, termasuk tenaga, semikonduktor, pendigitalan, perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, agrikultur, tenaga kerja, pelancongan, kesalinghubungan serta pendidikan.
Turut dibincangkan ialah isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama kepada kedua-dua negara.
Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh jalinan persahabatan antara Malaysia dan India, malah membuka lembaran baharu kerjasama yang lebih erat dan bermakna demi kesejahteraan serta kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
=====
Following the official welcoming ceremony, Prime Minister Modi and I held a nearly hour-long one-on-one meeting, before leading our respective delegations in bilateral talks conducted in a warm, open and constructive spirit.
We focused on strengthening strategic cooperation in energy, semiconductors, digitalisation, trade, investment, defence, security, agriculture, workforce, tourism, connectivity, and education. We also discussed regional and international issues of mutual interest.
This visit enhances Malaysia-India friendship and opens a new chapter of closer cooperation for the benefit and prosperity of both countries.
🇲🇾🤝🇮🇳
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#DiplomasiMADANI
Menerima kunjungan sahabat dan Perdana Menteri India, Narendra Modi untuk istiadat sambutan rasmi di Perdana Putra, Putrajaya pagi ini.
Medan ini sudah pasti menjadi ruang untuk memperkukuh persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan India dalam pelbagai lapangan penting.
=====
This morning, I had the pleasure of welcoming my friend and Prime Minister of India, Narendra Modi, to Perdana Putra for the official welcoming ceremony.
It was a meaningful moment to reaffirm the close friendship and strengthen cooperation between Malaysia and India across a range of important areas.
🇲🇾🤝🇮🇳
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#DiplomasiMADANI