@mofamalaysia · Post #12634 · 23.01.2026 г., 02:01
[⏭️ English caption@comment section] ✋Apa Khabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri menerima kunjungan hormat daripada TYT Kairat Sarybay, Setiausaha Agung Conference on Interaction and Confidence Building Measures in Asia (CICA) pada 22 Januari 2026. • Pertemuan ini memberi peluang kepada Setiausaha Agung CICA untuk berkongsi maklumat terkini tentang transformasi berterusan CICA menjadi sebuah organisasi antarabangsa serta aktiviti dan program-program utama CICA. 🌺 Timbalan Menteri Luar Negeri dan Setiausaha Agung CICA juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu pelbagai hala yang berkepentingan bersama. 🇲🇾🤝🌐 | CICA #WismaPutra#HubunganPelbagaiHala#MalaysiaCICA#MultilateralAffairs#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DT1exZ3k_Tb/?igsh=Ym1xbnJjNzNscmx5