@mofamalaysia · Post #13333 · 09.03.2026 г., 02:40
[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin, TKSU Khidmat Pengurusan telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) Ke-72 yang berlangsung di Marlborough House, London, United Kingdom. ° CMAG bertindak menangani sebarang pelanggaran serius terhadap nilai-nilai Komanwel seperti demokrasi, kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Piagam Komanwel. Keanggotaan semasa CMAG terdiri daripada Antigua dan Barbuda, Botswana, Kanada, Grenada, Malaysia, Malta, Mauritius, Samoa dan Zambia. 🌺 Malaysia telah mengganggotai CMAG selama tiga penggal berturut-turut sejak tahun 2018. 🇲🇾🌐 | Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) Ke-72 #WismaPutra#HubunganPelbagaiHala#MalaysiaCMAG#MultilateralAffairs#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DVpbC-FE1Qi/?igsh=MTMzeWlvMXNhcmhydg==