TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← Python Заметки

TGINSIGHT SIMILAR POSTS

Најди сличен содржај

Изворен канал @pythonotes · Post #310 · 22 фев.

Сегодня будет самый "двоичный" ("двойковый"? "двушный"? "двойственный"?) момент на вашем веку 🤩 Больше двоек в дататайме вы не застанете! Успейте поймать момент! Будете показывать эпичный скриншот своим внукам))) 🥸 Для продуманных (ленивых): код на скрине, который сработает только сегодня и только 1 раз! ⏱ Открывайте окошки с часами и вперёд! #offtop

Hashtags

Резултати

Пронајдени 6 слични објави

Пребарај: #malaysiatürkiye

当前筛选 #malaysiatürkiye清除筛选

[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim bersama delegasi tiba di Istanbul pada 8 Januari 2026 sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi ke Republik Türkiye. • Sebaik tiba, Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Meja Bulat Perniagaan bersama para pemimpin industri terkemuka Türkiye. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Perdagangan Republik Türkiye, tokoh-tokoh industri, serta pihak berkepentingan daripada agensi kerajaan, persatuan industri dan delegasi perniagaan dari kedua-dua negara. 🌺 Dialog ini menjadi platform untuk bertukar pandangan dan meneroka strategi bagi memperkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Türkiye, di samping mempromosikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan. 🇲🇾🤝🇹🇷 📸 Kredit foto : PMO Malaysia #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaTürkiye#BilateralRelations#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DTRkVRukyTT/?igsh=MTA5c2Vqd2JnNjA4ZA==

[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! Merhaba! RakanWisma🇲🇾🌐 • Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri telah diraikan dalam Majlis Makan Makan Rasmi yang dihoskan oleh TYT Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Republik Türkiye, pada 7 Januari 2026. 🌺 Majlis makan malam tersebut telah memberi peluang untuk kedua-dua pemimpin dan delegasi masing-masing mengadakan perbincangan secara tidak formal, dengan fokus kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala dan memperluas kerjasama dalam bidang yang menjadi kepentingan bersama. 🇲🇾🤝🇹🇷 📸 Kredit foto : PMO Malaysia #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaTürkiye#BilateralRelations#DiplomasiMADANI TaatSetia MalaysiaMADANI https://www.instagram.com/p/DTRjHafE7vz/?igsh=MXE0cnZseXhycjFoNg==

[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tertinggi (HLSC) Malaysia-Türkiye bersama Presiden Recep Tayyip Erdoğan di Ankara pada 7 Januari 2026. Beliau diiringi oleh Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan , Menteri Luar Negeri, Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir , Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta pegawai kanan kerajaan. • HLSC merupakan platform untuk menilai semula kerjasama dua hala dan meneroka peluang kerjasama baharu di peringkat tertinggi. Perbincangan merangkumi sektor utama termasuk politik, ekonomi, pertahanan, tenaga, keselamatan, dan pertukaran rakyat-ke-rakyat. • Mesyuarat telah diakhiri dengan pemeteraian Kenyataan Bersama HLSC, yang menegaskan komitmen kedua-dua pihak untuk memastikan semua inisiatif Majlis memberikan hasil yang nyata dalam memperkukuh hubungan dan mempertingkatkan kerjasama antara Malaysia dan Türkiye. • Susulan Mesyuarat Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSC) Malaysia-Türkiye, Perdana Menteri dan Presiden telah menyaksikan pertukaran beberapa dokumen dua hala yang penting. Dokumen-dokumen tersebut merangkumi perjanjian kerjasama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi; pelaburan, pendidikan, perbankan, keselamatan maritim, serta dasar dan kajian strategik. Sejurus majlis tersebut, Perdana Menteri dan Presiden telah mengadakan sidang media bersama bagi berkongsikan hasil perbincangan mereka. 🌺 Perdana Menteri turut dikurniakan Darjah Kebesaran Republik Türkiye oleh Presiden Recep Tayyip Erdoğan. Anugerah berprestij ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Perdana Menteri dalam memperkukuh hubungan Malaysia-Türkiye. 🇲🇾🤝🇹🇷 📸 Kredit foto : PMO Malaysia #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaTürkiye#BilateralRelations#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DTPf6aQE7_k/?igsh=MWc1ZGMzeXJiZXpxbQ==

[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri telah diberikan Istiadat Sambutan Rasmi dan seterusnya mengadakan pertemuan empat mata bersama TYT Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Republik Türkiye di Kompleks Presiden, Ankara pada 7 Januari 2026. • Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin membincangkan isu-isu dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama, termasuk perkembangan terkini di Timur Tengah. 🌺 Kedua-duanya turut menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Malaysia-Türkiye dalam semua sektor kerjasama. 🇲🇾🤝🇹🇷 #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaTürkiye#BilateralRelations#DiplomasiMADANI 📸 Kredit foto : PMO Malaysia https://www.instagram.com/p/DTPMEhkk-fj/?igsh=MWUzb3l0MG1hbmgzZA==

[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Pada 7 Januari 2026, Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyampaikan syarahan umum bertajuk “Power Shift: Strategic Choices for Malaysia and Türkiye” dalam satu sesi yang dianjurkan dengan kerjasama badan pemikir terkemuka Türkiye, Yayasan Penyelidikan Politik, Ekonomi dan Sosial (SETA), bertempat di JW Marriott Hotel Ankara. 🌺 Dalam ucapannya, Perdana Menteri menekankan keutamaan dasar luar Malaysia serta membincangkan peluang untuk memperkukuh kerjasama strategik yang lebih mendalam dengan Republik Türkiye. 🇲🇾🤝🇹🇷 📸 Kredit foto : PMO Malaysia #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaTürkiye#BilateralRelations#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DTPLIFxE_JB/?igsh=MXU3YXhja2F2MXA3Yw==

[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat daripada Prof. Dr l. Dr. Haluk Görgün, Setiausaha Industri Pertahanan, Sekretariat Industri Pertahanan di bawah Pejabat Presiden Republik Türkiye (SSB) di Ankara pada 7 Januari 2026. • Kedua-dua pihak menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama Malaysia–Türkiye dalam bidang industri pertahanan, khususnya melalui pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai aktiviti perolehan di peringkat Kerajaan-ke-Kerajaan yang ditandatangani pada Februari 2025. 🌺 MoU ini berperanan sebagai mekanisme utama untuk memperkemas proses pemerolehan aset ketenteraan dari Türkiye. 🇲🇾🤝🇹🇷 📸 Kredit foto : PMO Malaysia #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaTürkiye#BilateralRelations#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DTPIyWqkw1n/?igsh=c2prbmVvd3U4cDdr