Kandungan siaran
Sindrom COVID berpanjangan (Long COVID) ialah tanda dan gejala yang dialami oleh pesakit selepas jangkitan COVID-19, berlanjutan sehingga 12 minggu atau lebih yang tidak boleh dijelaskan oleh sebab-sebab lain. Antara gejala yang dialami termasuklah kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sukar tidur malam, batuk, kegelisahan dan kelupaan. Gejala-gejala ini boleh mengganggu fungsi seharian individu terbabit. Golongan yang menerima vaksin COVID-19 mengikut jadual adalah berisiko rendah untuk mendapat sindrom ‘long COVID”. Rujukan: Effect of COVID-19 Vaccines on Reducing the Risk of Long COVID in the Real World: A Systematic Review and Meta-Analysis #ANMS#KekalSihat#COVID19#LindungDiriLindungSemua#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama