TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini1,350,500Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Tag: #anms · 300 siaran

当前筛选 #anms清除筛选

Diterbitkan 21 Okt

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Aznida Mohamad Zaki berkata masyarakat perlu lebih tegas dalam menangani penularan virus Influenza di Malaysia ketika ini. #AstroAudioNews#ANMS#MalaysiaSihat

69,600 views

Diterbitkan 25 Jun

Anda merancang untuk berkelah? Ingat! Leptospirosis boleh mengancam nyawa! ➡️ Pilih kawasan yang bersih ➡️ Pilih kawasan air yang mengalir ➡️ Bilas atau mandi dengan sabun dan air bersih selepas aktiviti rekreasi ➡️ Minum air yang telah dimasak #ANMS#sihatmilikku

123,000 views

Diterbitkan 19 Jun

Punca utama keracunan makanan adalah apabila seseorang individu memakan makanan atau minuman yang tercemar. Tempoh keracunan boleh terjadi seawal 30 minit hingga 72 jam. Keracunan makanan boleh membawa kematian jika serius. Orang ramai dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala keracunan makanan. #ANMS#sihatmilikku

95,800 views

Diterbitkan 21 Mac

Antara tanda awal strok haba adalah pening atau sakit kepala, loya atau muntah dan sawan. Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku

95,700 views

Diterbitkan 20 Mac

Demam Campak (Measles) : Ambil Peduli, Ambil Tahu Saksikan rancangan Diari Rawat pada pukul 9.00 malam di TV1 bersama Dr. Diana Mahat dari Bahagian Kawalan Penyakit dan Dr. Sangeetha Siniah dari Hospital Tunku Azizah. #ANMS#sihatmilikku

96,700 views

Diterbitkan 17 Mac

Lindungi anak anda daripada cuaca panas. Awas! Jika anak anda menunjukkan gejala seperti demam, lesu, pernafasan tidak normal dan sawan, dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

85,600 views

Diterbitkan 8 Mac

Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37°c untuk 3 hari berturut-turut. Gelombang haba boleh menyebabkan kemarau dan kebakaran hutan. Elakkan pembakaran terbuka dan simpan bekalan air secukupnya. Jaga kesihatan dengan minum air secukupnya, hadkan aktiviti luar, pakai pakaian yang selesa, sesuai dan mudah menyerap peluh. #ANMS#sihatmilikku

111,000 views

Diterbitkan 5 Mac

Obor-obor merupakan haiwan yang tidak bertulang dan beberapa spesies boleh menyebabkan sengatan bisa yang mungkin mengakibatkan alahan teruk serta kematian. Sengatan bisa boleh terjadi melalui sentuhan daripada sesungut yang mempunyai pundi bisa mengandungi racun dipanggil sebagai ‘nematosit’. Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan agar tidak mandi atau bermain air di kawasan yang terdapat spesies obor-obor berbahaya. #ANMS#sihatmilikku

91,100 views

Diterbitkan 9 Feb

Nampak sihat tidak semestinya anda sihat. Lakukan saringan kesihatan, cegah awal, sihat sepanjang hayat. #ANMS#sihatmilikku

106,000 views

Diterbitkan 15 Dis

Kes COVID-19 semakin meningkat kebelakangan ini. Sentiasa memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu komorbid, individu imuniti rendah dan ibu hamil. Ikut Tip pemakaian penutup mulut dan hidung ini supaya pemakaiannya betul-betul melindungi anda. Ingat ya! Jangan buang merata-rata. Pastikan ia dilupuskan dengan cara yang betul. #ANMS#COVID19#sihatmilikku

133,000 views

Diterbitkan 1 Dis

Kolera merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio Cholerae. Kolera berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar terutamanya ketika musim banjir. Perhatikan tanda-tanda/ gejala dan langkah pencegahan penyakit kolera. Layari infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#sihatmilikku

122,000 views

Diterbitkan 14 Jun

Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit pneumokokal adalah dengan pengambilan imunisasi pneumokokal. Pengambilan imunisasi pneumokokal boleh mengelakkan komplikasi seperti hilang upaya secara kekal, gangguan pertumbuhuan dan perkembangan kanak-kanak serta kematian. Amalkan kebersihan yang baik dah cara hisup yang sihat. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

221,000 views
123•••10•••20•••2425
SebelumHalaman 1 daripada 25Seterusnya