TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kandungan
Kandungan siaran
Kepada semua petugas dan sukarelawan banjir, terima kasih kerana terus sedia membantu. Jangan lupa jaga kesihatan dan keselamatan diri ✅ Pakai peralatan perlindungan diri yang sesuai semasa bertugas ✅ Pakai but getah dan sarung tangan 🧼 Kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih atau pensanitasi tangan 🩹 Tutup luka dengan plaster atau balutan kalis air agar tidak terdedah kepada tanah dan air yang tercemar. 🏥 Dapatkan rawatan segera jika demam, batuk, sakit sendi dan cirit birit. Layari media sosial MyHealthKKM atau https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk mendapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama