Kandungan siaran
Berita baik untuk penduduk daerah Klang! Klinik Kesihatan (KK) Bandar Botanik telah terpilih untuk projek rintis bagi menangani kedatangan pesakit kategori zon hijau iaitu mereka yang mengalami gejala ringan dan kes bukan kecemasan di jabatan kecemasan dan trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Klinik beroperasi setiap hari termasuk hari kelepasan am dari 8.00 pagi hingga 9.30 malam. Waktu pendaftaran terakhir adalah sehingga pukul 9.00 malam. Perkhidmatan yang disediakan pada waktu operasi selepas waktu pejabat adalah ✅ Pemeriksaan oleh pegawai perubatan ✅ Rawatan ringan pesakit luar ✅ Perkhidmatan kepakaran kesihatan keluarga ✅ Ujian makmal ✅ Pengimejan (X-Ray) #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama