Sekarang ni musim panas, dah bersedia nak keluar beraya?
➡️ Gunakan payung atau topi
➡️ Pakai pakaian yang longgar dan berwana cerah
➡️ Elak berada di bawah panas terik
➡️ Pakai cermin mata gelap anti-UV
➡️ Sentiasa minum air kosong secukupnya
Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.
#ANMS#KekalSihat#sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hubungi Klinik Kesihatan KKM berdekatan atau daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan janji temu imunisasi pneumokokal anak anda.
Bawa buku rekod kesihatan kanak-kanak 0-6 tahun (KKM) dan Rekod Imunisasi (Swasta) semasa menghadiri sesi janji temu.
#ANMS#KekalSihat#sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut adalah senarai hospital yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok.
Hubungi talian yang tertera untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan berhenti merokok.
#ANMS#KekalSihat#sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perluasan pemberian imunisasi pneumokokal dilaksanakan bermula 1 Jun 2023 sehinggan 31 Mei 2024.
Semua kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2019 dan belum pernah menerima imunisasi pneumokokal layak menerima imunisasi ini.
Hubungi Klinik Kesihatan KKM berdekatan atau daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan janji temu imunisasi pneumokokal.
#ANMS#KekalSihat#sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Lengkapkan imunisasi anak anda bagi mengurangkan risiko mereka daripada mendapat penyakit berjangkit yang boleh membawa maut seperti batuk kokol.
Hubungi klinik yang berdekatan dengan segera sekiranya anda terlepas tarikh janji temu imunisasi anak anda.
*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.
#ANMS#KekalSihat#sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit pneumokokal adalah dengan pengambilan imunisasi pneumokokal.
Pengambilan imunisasi pneumokokal boleh mengelakkan komplikasi seperti meningitis, gangguan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan kematian.
#ANMS#KekalSihat#sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Penyakit Pneumokokal lebih cenderung menjangkiti kanak-kanak dan boleh dicegah dengan pengambilan vaksin pneumokokal.
Antara komplikasi penyakit pneumokokal adalah seperti radang paru-paru dan radang selaput otak.
#ANMS#KekalSihat#sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Batuk kokol adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Bordetella Pertussis. Bakteria ini menjangkiti mulut, hidung dan tekak dan tersebar melalui udara ketika pesakit bersin atau batuk.
Individu bergejala perlu mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul bagi mencegah penularan penyakit kepada individu lain.
Dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala Pertussis.
*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.
#ANMS#KekalSihat#sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kepentingan Pengambilan Vaksin untuk Jemaah Haji
Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Azah binti Abdul Samad, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.
#ANMS#KekalSihat#sihatmilikku
Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023
Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Puan Ruhana binti Abdul Latif, ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.
#ANMS#KekalSihat#sihatmilikku
Mulai 4 Jun hingga 4 September 2023, lima lagi klinik kesihatan akan dilanjutkan operasi bagi memperluas projek rintis mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.
Klinik yang terlibat adalah
🏥 Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Johor Bahru
🏥 Klinik Kesihatan Ampang
🏥 Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
🏥 Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong
🏥 Klinik Kesihatan Greentown, Ipoh
KKM amat menggalakkan pesakit yang tidak mengalami sakit kritikal untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. Pendekatan ini dapat membantu doktor dan anggota kesihatan dalam memberikan rawatan segera kepada pesakit kritikal di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.
#ANMS#KekalSihat#sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut merupakan senarai hospital di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok melalui perubahan tingkah laku.
Dapatkan bantuan berhenti merokok demi keluarga tersayang.
* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.
#ANMS#KekalSihat#sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sambutan Hari Tanpa Tembakau peringkat kebangsaan diadakan selaras dengan strategi MPOWER yang digariskan WHO FCTC. KKM mengadakan pelbagai program menggalakkan orang awam untuk menolak tabiat merokok dan menyuarakan hak mereka untuk udara bersih bebas daripada asap rokok.
Tembakau BUKAN tanaman komoditi utama negara. Langkah kawalan tembakau dijalankan KKM tidak menggalakkan tabiat merokok sekali gus mengehadkan tanaman tembakau.
Dapatkan bantuan berhenti merokok demi keluarga tersayang.
* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.
#ANMS#KekalSihat#sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama