Kandungan siaran
Gambar di sekitar Majlis Pelancaran Sitkom Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) petang tadi. Sitkom promosi kesihatan pertama di Malaysia ini akan menyampaikan mesej-mesej promosi kesihatan melalui pendekatan penerbitan sitkom. Sitkom 8 episod berdurasi 30 minit ini menampilkan cerita dalam bentuk santai. Harapan KKM agar mesej yang disampaikan itu meninggalkan kesan dan secara tidak langsung dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang lebih sihat. Sitkom ANMS akan ditayangkan di saluran TV1, RTM setiap Isnin hingga Khamis, selama 2 minggu, jam 10.30 malam bermula 8 hingga 18 Mei ini. https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0XxZNVdHJYLjKXNe9ifX8Pf5ayaybm8gNko4LmhmfQfmn5NXv9bkh3Ni2YRpaSX2zl&id=100068159346549&mibextid=Nif5oz #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku