[⏭️ Eng@
comment section]
ApaKhabar✋ |
RakanWisma🇲🇾🌐
° Pada 9 April 2026, Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Pegawai Yang Menjalankan Tugas (PYMT) TKSU Hal Ehwal Pelbagai Hala telah mengetuai delegasi Wisma Putra dalam satu lawatan sambil belajar yang produktif ke Hab Logistik Serantau Asia Pasifik, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) di Pelabuhan Klang.
° Delegasi tersebut disambut oleh Puan Juja Kim, Timbalan Pengarah Serantau IFRC Asia Pasifik dan Encik Rishi Ramrakha, Ketua Perkhidmatan Kemanusiaan Global & Pengurusan Rantaian Bekalan IFRC Asia Pasifik.
🌺 Dato’ Syed Mohamad Hasrin mengucapkan tahniah kepada IFRC Malaysia atas ulang tahun ke-20 hab logistik tersebut, yang ditubuhkan pada tahun 2006. Beliau turut menghargai peranan penting IFRC dalam kesiapsiagaan dan tindak balas bencana serta menegaskan sokongan berterusan Malaysia terhadap usaha kemanusiaan IFRC.
🇲🇾🌐| Lawatan ke Hab Logistik Serantau Asia Pasifik IFRC
#WismaPutra#HalEhwalPelbagaiHala#MultilateralAffairs#TaatSetia#MalaysiaMADANI
https://www.instagram.com/p/DW-hHo0kyqi/?igsh=ZnY0NXR5aWVobnVp
[⏭️ Eng@
comment section]
ApaKhabar✋ |
RakanWisma🇲🇾🌐
° Sesi Townhall pertama bersama Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Pegawai Yang Menjalankan Tugas (PYMT) TKSU Hal Ehwal Pelbagai Hala, dengan warga Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala, Wisma Putra telah berlangsung pada 8 April 2026.
° Sesi ini menjadi platform penting untuk berkongsi hala tuju serta keutamaan dalam memperkukuh peranan Malaysia di peringkat pelbagai hala.
🌺 Dalam sesi tersebut, beliau turut menekankan kepentingan budaya kerja berprestasi tinggi yang berteraskan profesionalisme dan integriti serta komunikasi yang berkesan dalam memastikan penyampaian tugas yang lebih cemerlang dalam mendepani cabaran semasa, bagi memperkasa dasar luar Malaysia dan memastikan kepentingan negara terus terpelihara.
🇲🇾🌐
#WismaPutra#HalEhwalPelbagaiHala#MultilateralAffairs#TaatSetia#MalaysiaMADANI
https://www.instagram.com/p/DW-gbSSk3HV/?igsh=eW54ZDl3emE2OGpz
[⏭️ Eng@
comment section]
ApaKhabar✋ |
RakanWisma🇲🇾🌐
° Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Pegawai Yang Menjalankan Tugas (PYMT) TKSU Hal Ehwal Pelbagai Hala, telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Iori Kato, Pengarah Serantau bagi Asia dan Pasifik, International Organization for Migration (IOM), pada 22 April 2026. Encik Kato turut diiringi oleh Puan Heba Abdellatif, Ketua Misi IOM Malaysia.
🌺 Kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai pelbagai isu berkaitan migrasi antarabangsa. Malaysia merakamkan penghargaan atas sokongan dan kerjasama berterusan IOM, serta berharap agar IOM mempercepatkan penempatan semula pelarian dari Malaysia ke negara ketiga.
🇲🇾🤝🌐 - [IOM]
#WismaPutra#HalEhwalPelbagaiHala#MultilateralAffairs#MalaysiaIOM#DiplomasiMADANI
https://www.instagram.com/p/DXda3RqE35p/?igsh=MWlpcHE1ZnFkcTJzeA==