@mofamalaysia · Post #13979 · 23.04.2026 г., 03:52
[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Pegawai Yang Menjalankan Tugas (PYMT) TKSU Hal Ehwal Pelbagai Hala, telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Iori Kato, Pengarah Serantau bagi Asia dan Pasifik, International Organization for Migration (IOM), pada 22 April 2026. Encik Kato turut diiringi oleh Puan Heba Abdellatif, Ketua Misi IOM Malaysia. 🌺 Kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai pelbagai isu berkaitan migrasi antarabangsa. Malaysia merakamkan penghargaan atas sokongan dan kerjasama berterusan IOM, serta berharap agar IOM mempercepatkan penempatan semula pelarian dari Malaysia ke negara ketiga. 🇲🇾🤝🌐 - [IOM] #WismaPutra#HalEhwalPelbagaiHala#MultilateralAffairs#MalaysiaIOM#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DXda3RqE35p/?igsh=MWlpcHE1ZnFkcTJzeA==