TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← Python Заметки

TGINSIGHT SIMILAR POSTS

Најди сличен содржај

Изворен канал @pythonotes · Post #310 · 22 фев.

Сегодня будет самый "двоичный" ("двойковый"? "двушный"? "двойственный"?) момент на вашем веку 🤩 Больше двоек в дататайме вы не застанете! Успейте поймать момент! Будете показывать эпичный скриншот своим внукам))) 🥸 Для продуманных (ленивых): код на скрине, который сработает только сегодня и только 1 раз! ⏱ Открывайте окошки с часами и вперёд! #offtop

Hashtags

Резултати

Пронајдени 9 слични објави

Пребарај: #malaysiaindonesia

当前筛选 #malaysiaindonesia清除筛选

[⏭️ Eng@ comment section] ApaKabar🙏 | RakanWisma🇲🇾🌐 ° TYT Arif Havas Oegroseno, Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia telah mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada 29 - 31 Mac 2026. Semasa lawatan tersebut, beliau telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri. ° Perbincangan tertumpu kepada usaha-usaha bagi menyusuli hasil Rundingan Tahunan Ke-13 yang telah diadakan di Jakarta pada 29 Julai 2025, di samping pertukaran pandangan mengenai kerjasama politik dan perdagangan dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. ° Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Indonesia untuk terus memperkukuh perkongsian strategik. 🌺 Kedua-dua pihak menegaskan kepentingan mempertingkat kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pengurusan sempadan, tenaga, tenaga kerja serta hubungan sesama rakyat, dengan matlamat bersama untuk memajukan hubungan dua hala yang stabil, berpandangan ke hadapan dan saling menguntungkan. 🇲🇾🤝🇮🇩 #WismaPutra#HubunganDuaHala#BilateralRelations#MalaysiaIndonesia#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DWi1LDiEzG0/?igsh=azd1a3NoOWQ3ZDl3

[⏭️ Eng@ comment section] ApaKabar🙏 | RakanWisma🇲🇾🌐 ° TYT Arif Havas Oegroseno, Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia telah mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada 29 - 31 Mac 2026. Semasa lawatan tersebut, beliau telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri. ° Perbincangan tertumpu kepada usaha-usaha bagi menyusuli hasil Rundingan Tahunan Ke-13 yang telah diadakan di Jakarta pada 29 Julai 2025, di samping pertukaran pandangan mengenai kerjasama politik dan perdagangan dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. ° Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Indonesia untuk terus memperkukuh perkongsian strategik. 🌺 Kedua-dua pihak menegaskan kepentingan mempertingkat kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pengurusan sempadan, tenaga, tenaga kerja serta hubungan sesama rakyat, dengan matlamat bersama untuk memajukan hubungan dua hala yang stabil, berpandangan ke hadapan dan saling menguntungkan. 🇲🇾🤝🇮🇩 #WismaPutra#HubunganDuaHala#BilateralRelations#MalaysiaIndonesia#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DWi1LDiEzG0/?igsh=azd1a3NoOWQ3ZDl3

🙏 Apa Kabar! RakanWisma 🇲🇾🌐 📌 Pada 29 Januari 2026, Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, TKSU Hubungan Dua Hala telah menerima kunjungan hormat TYT R. M. Iman Hascarya Kusumo, Duta Besar Republik Indonesia. Pertemuan ini mencerminkan hubungan dua hala Malaysia–Indonesia yang erat dan berterusan, dengan tumpuan kepada kerjasama perdagangan dan pelaburan serta sektor tenaga, kelapa sawit dan halal. 🌺 Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai pencalonan di pertubuhan antarabangsa serta penyertaan pemimpin dalam mesyuarat dan sidang kemuncak antarabangsa, selari dengan komitmen bersama Malaysia dan Indonesia dalam memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa. 🇲🇾🤝🇮🇩 #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaIndonesia #BilateralRelations#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DUWrUTkE_8l/?igsh=MXh4ODkwdXRrcWFrbw==

[⏭️ English caption@comment section] 🙏ApaKabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, TKSU Hubungan Dua Hala telah menerima kunjungan hormat daripada TYT R. M. Iman Hascarya Kusumo, Duta Besar Republik Indonesia pada 29 Januari 2026. • Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan dalam mempertingkatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan serta kerjasama dalam sektor tenaga, kelapa sawit dan halal. 🌺 Mereka turut menyentuh mengenai pencalonan di pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan penyertaan pemimpin dalam mesyuarat dan sidang kemuncak antarabangsa. 🇲🇾🤝🇮🇩 #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaIndonesia#BilateralRelations#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DUHy-fok3KJ/?igsh=MXhwM2lzbnl4ZTFobw==

[⏭️ English caption@comment section] 🙏Apa Kabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Ambassador Ikram bin Mohd Ibrahim, Ketua Protokol telah menerima kunjungan hormat perkenalan oleh TYT Raden Mohammad Iman Hascarya Kusomo, bakal Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia yang baharu, pada 16 Januari 2026 di Wisma Putra. 🌺 Selaras dengan amalan diplomatik antarabangsa, bakal Duta Besar berkenaan telah menyerahkan salinan Watikah Pelantikan beliau kepada Ketua Protokol sebelum Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Perwakilan Negara Asing kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara pada awal minggu hadapan. 🇲🇾🤝🇮🇩 #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaIndonesia#BilateralRelations#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DTkyh1Ck0fW/?igsh=MTZxZGd5ejA3MW81cw==

[⏭️ English caption@ comment section] ApaKabar🙏 | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri, telah menerima kunjungan hormat daripada TYT R. M. Iman Hascarya Kusumo, Duta Besar Republik Indonesia pada 26 Februari 2026 di Bangunan Parlimen. ° Kunjungan tersebut mencerminkan hubungan erat dan semangat persahabatan yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Republik Indonesia, serta menzahirkan komitmen bersama untuk terus memperkukuh dan mengangkat jalinan kerjasama komprehensif dan strategik antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi. ° Perbincangan yang berlangsung dalam suasana terbuka dan konstruktif telah merangkumi usaha memperkasa mekanisme dua hala utama, mempertingkat kerjasama ekonomi dan pengurusan sempadan, mempererat penyelarasan dalam sektor kewangan, serta memperluas perdagangan dua hala termasuk penggunaan mata wang tempatan masing-masing dalam urus niaga perdagangan. 🌺 Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk terus memperkukuh kerjasama dalam kerangka serantau dan pelbagai hala, dengan matlamat bersama untuk memastikan hubungan Malaysia-Republik Indonesia kekal stabil, berpandangan ke hadapan serta memberikan manfaat yang nyata dan menyeluruh kepada rakyat kedua-dua negara. 🇲🇾🤝🇮🇩 #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaIndonesia#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DVN_Zt2k78B/?igsh=ZG0xNHR5bHozNGFm

[⏭️ English caption@ comment section] ApaKabar🙏 | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato' Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha telah menerima kunjungan hormat daripada TYT R. M. Iman Hascarya Kusumo, Duta Besar Republik Indonesia pada 25 Februari 2026 di Wisma Putra. ° Kunjungan hormat ini memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk memperhalusi kelangsungan momentum positif hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. 🌺 Tumpuan turut diberikan kepada penyelarasan siri lawatan peringkat tertinggi yang akan datang, di samping usaha memperkasakan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara. 🇲🇾🤝🇮🇩 #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaIndonesia#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DVNBHuLkytI/?igsh=MTlwY3QyNzJqeXVlMg==

[⏭️ Eng@ comment section] ApaKabar🙏 | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Pada 13 April 2026, Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Pegawai Yang Menjalankan Tugas (PYMT) TKSU Hal Ehwal Pelbagai Hala telah mengadakan pertemuan dengan TYT Raden Dato’ Mohammad Iman Hascarya, Duta Besar Indonesia, bagi bertukar-tukar pandangan mengenai aspek keselamatan pasukan pengaman United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), dan menegaskan kepentingan dalam memastikan perlindungan anggota pengaman dalam melaksanakan mandat mereka. 🌺 Perbincangan turut merangkumi kesinambungan penglibatan dalam usaha operasi pengaman, termasuk penyelarasan rapi dengan Negara Penyumbang Pasukan dan meneliti hala tuju dalam menangani cabaran semasa di lapangan. 🇲🇾🤝🇮🇩 #WismaPutra#HubunganDuaHala#HubunganPelbagaiHala#BilateralRelations#MalaysiaIndonesia https://www.instagram.com/p/DXMAxA3k4rt/?igsh=enpsNGk5emJvZml6

[⏭️ Eng@ comment section] RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri telah menandatangani Buku Takziah di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur pada 4 Mac 2026, susulan pemergian Allahyarham Jenderal TNI (Purn.) Try Sutrisno, Naib Presiden Republik Indonesia yang keenam (6). 🌺 Malaysia merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada Kerajaan dan rakyat Republik Indonesia serta menzahirkan penghargaan atas sumbangan besar Allahyarham sebagai seorang negarawan Indonesia, termasuk dalam memperkukuh hubungan Malaysia–Indonesia. 🇲🇾🤝🇮🇩 #WismaPutra#SalamTakziah#HubunganDuaHala#MalaysiaIndonesia#BilateralRelations https://www.instagram.com/p/DVeydsbk5Jz/?igsh=aDB4amJtMWJ4dHRp