[⏭️ English caption@
comment section]
ApaKabar🙏 |
RakanWisma🇲🇾🌐
° Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri, telah menerima kunjungan hormat daripada TYT R. M. Iman Hascarya Kusumo, Duta Besar Republik Indonesia pada 26 Februari 2026 di Bangunan Parlimen.
° Kunjungan tersebut mencerminkan hubungan erat dan semangat persahabatan yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Republik Indonesia, serta menzahirkan komitmen bersama untuk terus memperkukuh dan mengangkat jalinan kerjasama komprehensif dan strategik antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.
° Perbincangan yang berlangsung dalam suasana terbuka dan konstruktif telah merangkumi usaha memperkasa mekanisme dua hala utama, mempertingkat kerjasama ekonomi dan pengurusan sempadan, mempererat penyelarasan dalam sektor kewangan, serta memperluas perdagangan dua hala termasuk penggunaan mata wang tempatan masing-masing dalam urus niaga perdagangan.
🌺 Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk terus memperkukuh kerjasama dalam kerangka serantau dan pelbagai hala, dengan matlamat bersama untuk memastikan hubungan Malaysia-Republik Indonesia kekal stabil, berpandangan ke hadapan serta memberikan manfaat yang nyata dan menyeluruh kepada rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇮🇩
#WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaIndonesia#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI
https://www.instagram.com/p/DVN_Zt2k78B/?igsh=ZG0xNHR5bHozNGFm
[⏭️ English caption@
comment section]
ApaKabar🙏 |
RakanWisma🇲🇾🌐
° Dato' Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha telah menerima kunjungan hormat daripada TYT R. M. Iman Hascarya Kusumo, Duta Besar Republik Indonesia pada 25 Februari 2026 di Wisma Putra.
° Kunjungan hormat ini memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk memperhalusi kelangsungan momentum positif hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.
🌺 Tumpuan turut diberikan kepada penyelarasan siri lawatan peringkat tertinggi yang akan datang, di samping usaha memperkasakan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇮🇩
#WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaIndonesia#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI
https://www.instagram.com/p/DVNBHuLkytI/?igsh=MTlwY3QyNzJqeXVlMg==
[⏭️ English caption@comment section]
✋ApaKhabar! Namaste!
RakanWisma🇲🇾🌐
• Dato' Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha telah menerima kunjungan hormat daripada TYT B.N. Reddy, Pesuruhjaya Tinggi Republik India pada 13 Januari 2026.
🌺 Semasa pertemuan tersebut, Pesuruhjaya Tinggi Republik India telah mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan mempengerusikan ASEAN pada tahun 2025. Kedua-dua pihak turut membincangkan potensi lawatan peringkat tinggi pada tahun 2026.
🇲🇾🤝🇮🇳
#WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaIndia#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI
https://www.instagram.com/p/DTeylzJk03B/?igsh=MW5oc3lwOTJjZjIxeA==
[⏭️ English caption@
comment section]
ApaKhabar✋ | KayfHalik
RakanWisma🇲🇾🌐
° Pada 26 Februari 2026, Dato' Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha telah mengadakan pertemuan dengan TYT Dr. Mubarak Saeed Aldhaheri, Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE).
🌺 Kedua-dua pihak bertekad untuk terus memperkasa hubungan dua hala antara Malaysia dan UAE.
🇲🇾🤝🇦🇪
#WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaUAE#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI
https://www.instagram.com/p/DVNsavtk2tl/?igsh=MWJ6cjN0dnU2ajE5NQ==
[⏭️ Eng@
comment section]
ApaKhabar✋ |
RakanWisma🇲🇾🌐
° TYT Sepp Schellhorn, Timbalan Menteri Luar Negeri Austria telah mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada 30 April 2026. Semasa lawatan tersebut, Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan TYT Schellhorn.
° Lawatan ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatan beliau ke beberapa negara Asia Tenggara, termasuk Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) di Brunei Darussalam. Perbincangan tertumpu kepada penerokaan bidang kerjasama baharu; khususnya dalam semikonduktor, teknologi hijau, pertahanan dan TVET. Perbincangan juga merangkumi hubungan Malaysia–EU serta isu-isu semasa serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
🌺 Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Austria untuk terus memperkukuh perkongsian strategik. Kedua-dua pihak menegaskan kepentingan mempertingkat kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pengurusan tenaga, tenaga kerja serta hubungan sesama rakyat, dengan matlamat bersama untuk memajukan hubungan dua hala yang stabil, berpandangan ke hadapan dan saling menguntungkan.
🇲🇾🤝🇦🇹
#WismaPutra#HubunganDuaHala#BilateralAffairs#MalaysiaAustria#DiplomasiMADANI
https://www.instagram.com/p/DXv5e5BE8Mb/?igsh=M3UyajI5bjk4MDZm
[⏭️ English caption@
comment section]
ApaKhabar✋ | SälemetsizBe!
RakanWisma🇲🇾🌐
° Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri telah mengadakan pertemuan dengan TYT Alibek Bakayev, Timbalan Menteri Luar Negeri Kazakhstan sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia pada 26 Februari 2026.
° Di mesyuarat rasmi tersebut kedua-dua Timbalan Menteri Luar Negeri membincangkan perkara berkepentingan bersama termasuk memperkukuh kerjasama dalam sektor ekonomi dan perdagangan, pendidikan tinggi, pelancongan, digital, agrikomoditi dan penyelarasan bagi persediaan lawatan di peringkat tertinggi serta perbincangan mengenai kerjasama dalam forum pelbagai hala.
🌺 Malaysia dan Kazakhstan terus komited dalam memperkukuhkan hubungan yang telah terjalin sejak sekian lama demi kemakmuran bersama.
🇲🇾🤝🇰🇿
#WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaKazakhstan#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI
https://www.instagram.com/p/DVP0HocE5_K/?igsh=YWQ0ZXB2Y2M4cmpu
[⏭️ English caption@
comment section]
ApaKhabar✋ |
RakanWisma🇲🇾🌐
° Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri, telah menerima kunjungan hormat daripada PYT Lada Phumas, Duta Besar Thailand pada 25 Februari 2025.
° Pertemuan ini telah mengukuhkan hubungan dua hala yang telah sekian lama terjalin erat antara Malaysia dan Thailand.
🌺 Kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang-bidang utama yang berkepentingan bersama, termasuk perdagangan dan pelaburan, kesalinghubungan di kawasan sempadan, kerjasama keselamatan serta perkembangan serantau.
🇲🇾🤝🇹🇭
#WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaThailand#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI
https://www.instagram.com/p/DVNDoC0kyYX/?igsh=NjVqanN6YzViOGYx
[⏭️ English caption@comment section]
✋ApaKhabar!
RakanWisma🇲🇾🌐
• Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Rafael Daerr, Duta Besar Kesatuan Eropah pada 13 Januari 2026.
• Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan hubungan Malaysia-Kesatuan Eropah, Hubungan Dialog ASEAN -Kesatuan Eropah, dan pasca Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
🌺 Kedua-dua pihak juga telah membincangkan situasi di Gaza dan perkembangan geopolitik terkini.
🇲🇾🤝🇪🇺
#WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaKesatuanEropah#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI TaatSetia MalaysiaMADANI
https://www.instagram.com/p/DTc3CDGk9n2/?igsh=dnJ5YjIxODU3M2Zs
[⏭️ English caption@comment section]
✋ApaKhabar! Kayf Halik!
RakanWisma🇲🇾🌐
• Dato' Ahmad Rozian Abd. Ghani, TKSU Hubungan Dua Hala telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Abdelhafid Bounour , Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Algeria pada 13 Januari 2026.
🌺 Kedua-dua pihak telah membincangkan peluang untuk memperkukuh kerjasama Malaysia–Algeria khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pengangkutan, pelancongan dan pendidikan, serta bertukar pandangan mengenai isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
🇲🇾🤝🇩🇿
#WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaAlgeria#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI TaatSetia MalaysiaMADANI
https://www.instagram.com/p/DTc2J5Mk3xt/?igsh=aG5zaWtyeHYxYzFh
[⏭️ Eng@
comment section]
ApaKhabar✋ | DobrýDeň
RakanWisma🇲🇾🌐
° Pada 29 April 2026, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri mengadakan pertemuan dengan TYT Juraj Blanár, Menteri Luar Negeri dan Hal Ehwal Eropah Republik Slovak di pejabat beliau.
° Kedua-dua pihak membincangkan peluang mengukuhkan kerjasama dua hala terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan; pertahanan dan pendidikan; ketahanan rantaian bekalan; industri automotif, tenaga bersih serta pengurusan air.
🌺 Mereka turut bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan Malaysia–Kesatuan Eropah (EU); ASEAN serta perkembangan isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
🇲🇾🤝🇸🇰
#WismaPutra#HubunganDuaHala#BilateralAffairs#MalaysiaRepublikSlovak#MalaysiaSlovakRepublic
https://www.instagram.com/p/DXvQA3FE9az/?igsh=MXR6aGd0eWtvZWNyNA==
[⏭️ Eng@
comment section]
ApaKhabar✋ | DobrýDeň
RakanWisma🇲🇾🌐
° Pada 29 April 2026, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri mengadakan pertemuan dengan TYT Juraj Blanár, Menteri Luar Negeri dan Hal Ehwal Eropah Republik Slovak di pejabat beliau.
° Kedua-dua pihak membincangkan peluang mengukuhkan kerjasama dua hala terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan; pertahanan dan pendidikan; ketahanan rantaian bekalan; industri automotif, tenaga bersih serta pengurusan air.
🌺 Mereka turut bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan Malaysia–Kesatuan Eropah (EU); ASEAN serta perkembangan isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
🇲🇾🤝🇸🇰
#WismaPutra#HubunganDuaHala#BilateralAffairs#MalaysiaRepublikSlovak#MalaysiaSlovakRepublic
https://www.instagram.com/p/DXvQA3FE9az/?igsh=MXR6aGd0eWtvZWNyNA==
[⏭️ English caption@comment section]
✋ApaKhabar! Hallo!
RakanWisma🇲🇾🌐
• Rundingan Dua Hala Malaysia–Belanda Ketiga telah diadakan di Putrajaya pada 15 Januari 2026. Rundingan ini telah dipengerusikan bersama oleh Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, TKSU Hubungan Dua Hala dan Puan Dominique Kühling, Pengarah Asia dan Oceania, Kementerian Luar Negeri Belanda.
• Kedua-dua pihak telah membincangkan kemajuan hubungan dua hala serta menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang, khususnya pengurusan pelabuhan, semikonduktor, keselamatan ekonomi, pengurusan air, pendidikan tinggi, dan pemuliharaan warisan.
🌺 Rundingan ini turut menjadi platform bagi pertukaran pandangan mengenai perkembangan serta cabaran semasa di peringkat serantau dan global. Dua rundingan dua hala terdahulu telah diadakan di Putrajaya pada 2017 dan di The Hague pada 2023.
🇲🇾🤝🇳🇱
#WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaBelanda#BilateralAffairs#MalaysiaTheNetherlands
https://www.instagram.com/p/DTh2aqKk3v5/?igsh=eWVjYzl5ZTF3ZTI1