@mofamalaysia · Post #13122 · 27.02.2026 г., 04:00
[⏭️ English caption@ comment section] ApaKhabar✋ | SälemetsizBe! RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri telah mengadakan pertemuan dengan TYT Alibek Bakayev, Timbalan Menteri Luar Negeri Kazakhstan sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia pada 26 Februari 2026. ° Di mesyuarat rasmi tersebut kedua-dua Timbalan Menteri Luar Negeri membincangkan perkara berkepentingan bersama termasuk memperkukuh kerjasama dalam sektor ekonomi dan perdagangan, pendidikan tinggi, pelancongan, digital, agrikomoditi dan penyelarasan bagi persediaan lawatan di peringkat tertinggi serta perbincangan mengenai kerjasama dalam forum pelbagai hala. 🌺 Malaysia dan Kazakhstan terus komited dalam memperkukuhkan hubungan yang telah terjalin sejak sekian lama demi kemakmuran bersama. 🇲🇾🤝🇰🇿 #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaKazakhstan#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DVP0HocE5_K/?igsh=YWQ0ZXB2Y2M4cmpu