TGINSIGHT CHAT
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Health and FitnessCrisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Siaran terkini
Tag: #equalize · 2 siaran
Diterbitkan 1 Dis
Dapatan NHMS (2020) dalam kalangan belia berumur 15-24 tahun menunjukkan: 🔴 Hanya 14% mempunyai pengetahuan HIV yang mencukupi 🔴 47.9% mempunyai persepsi yang salah bahawa HIV boleh disebarkan melalui makanan 🔴 41.6% daripada mereka tidak tahu amalan seks selamat boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV. Hal ini boleh membantutkan usaha pencegahan penularan HIV ini. Sempena Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember setiap tahun, bersama kita tingkatkan kesedaran diri dan keluarga mengenai HIV untuk mengakhiri wabak AIDS menjelang 2030. #WORLDAIDSDAY#Equalize
Hashtags
Diterbitkan 1 Dis
Adakah HIV dan AIDS penyakit yang sama❓ Diagnosis bagi kedua-dua penyakit adalah berbeza tetapi saling berkait. Kekeliruan masyarakat mengenai penyakit ini boleh menyebabkan usaha membendung jangkitan HIV/AIDS melalui aktiviti pencegahan, rawatan dan kawalan terjejas. Bersempena dengan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada hari ini, 1 Disember 2022, bersama tingkatkan kesedaran kita mengenai HIV/ AIDS. #WORLDAIDSDAY #Equalize
Hashtags