Insya-Allah, saya akan menggariskan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, dengan pendekatan yang tegas, terancang dan berpaksikan kepentingan rakyat serta ketahanan negara.
Nantikan jam 6.30 petang ini.
#MalaysiaMADANI
Sempat menziarahi sahabat lama yang juga bekas Perdana Menteri Afghanistan, Gulbuddin Hekmatyar, yang kini sedang menerima rawatan kesihatan di Malaysia.
Mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan keafiatan berterusan, selain dipermudahkan segala urusan perubatan. Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan mengadakan perbualan telefon bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain serta Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kami saling bertukar ucapan Aidilfitri, sambil mendoakan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran buat seluruh rakyat di kedua-dua negara.
Perbualan turut menjurus kepada perkembangan semasa di Asia Barat yang kian meruncing. Saya menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap ketegangan yang berlarutan serta implikasinya kepada keselamatan serantau dan kesejahteraan rakyat, di samping menyampaikan takziah atas kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda akibat daripada serangan balas yang berlaku.
Malaysia kekal berpendirian bahawa segala pertikaian mesti ditangani melalui jalan damai. Dialog, diplomasi dan kerjasama erat antara negara adalah satu-satunya jalan ke hadapan bagi meredakan ketegangan dan mengembalikan kestabilan, selaras dengan tuntutan kemanusiaan dan prinsip keadilan sejagat.
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
📞📞📞
Saya turut berhubung dengan Pemangku Perdana Menteri Afghanistan, Mullah Mohammad Hassan Akhund malam tadi bagi membincangkan ketegangan yang semakin memuncak antara Afghanistan dan Pakistan ketika ini.
Saya menegaskan bahawa kedua-dua negara perlu menahan diri serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan. Tindakan ketenteraan yang telah meragut ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak mesti dihentikan segera.
Malaysia menggesa agar ketegangan ini ditangani melalui dialog dan saluran diplomatik bagi mengelakkan konflik berpanjangan yang hanya akan membawa kesengsaraan kepada rakyat serta menjejaskan keamanan dan kestabilan rantau.
=====
Spoke with the Acting Prime Minister of Afghanistan, Mullah Mohammad Hassan Akhund, to discuss the escalating tensions between Afghanistan and Pakistan.
I emphasised that both countries must exercise restraint and avoid any actions that could further aggravate the situation. The military actions that have already claimed hundreds of lives on both sides must cease immediately.
Malaysia urges that these tensions be addressed through dialogue and diplomatic channels to prevent a prolonged conflict that would only bring further suffering to the people and undermine peace and stability in the region.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
📞📞📞
Malam tadi saya berhubung dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan yang semakin meruncing di Asia Barat susulan siri serangan yang menggugat kestabilan rantau tersebut.
Saya menyatakan solidariti Malaysia terhadap Turkiye susulan kejadian peluru berpandu balistik yang menuju ke arah ruang udara negara itu, menggambarkan betapa rapuhnya keselamatan rantau itu ketika ini.
Menyentuh insiden pembunuhan beberapa pimpinan tertinggi Iran termasuk Almarhum Ali Khamenei, saya tegaskan bahawa peristiwa ini berisiko menjerumuskan Asia Barat ke dalam ketidaktentuan yang serius dan berpanjangan. Kami senada bahawa semua pihak perlu menunjukkan tahap kawalan diri dan kebijaksanaan tertinggi bagi mengelakkan keadaan daripada terus meruncing.
Saya turut menyatakan penghargaan terhadap peranan Presiden Erdoğan yang sering tampil sebagai suara nurani bagi dunia Islam, termasuk usaha Turkiye memainkan peranan sebagai perantara antara Washington dan Tehran dalam membuka ruang dialog dan penyelesaian diplomatik.
Malaysia menyeru semua pihak menurunkan ketegangan dan menghentikan serangan yang berisiko mencetuskan ketidakstabilan lebih luas melangkaui Asia Barat. Pendekatan berteraskan dialog dan diplomasi mesti menjadi keutamaan.
Menyentuh perkembangan isu Palestin, saya menyatakan penghargaan terhadap Turkiye dan beberapa negara lain yang mengutuk keputusan Israel memperluas penempatan haram di Tebing Barat. Pendirian Malaysia jelas bahawa tindakan rejim Zionis itu adalah pencabulan undang-undang antarabangsa.
=====
Last night I spoke with the President of Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan to exchange views on the increasingly grave developments in West Asia following a series of attacks that are threatening the stability of the region.
I conveyed Malaysia’s solidarity with Türkiye following the incident involving a ballistic missile headed towards its airspace, a development that underscores just how fragile the region’s security environment has become.
On the assassination of several senior Iranian leaders, including the late Ali Khamenei, I stressed that such developments risk pushing West Asia into a period of serious and prolonged instability. We were in agreement that all parties must exercise the utmost restraint and wisdom to prevent the situation from further deteriorating.
I also expressed appreciation for President Erdoğan’s role as a voice of conscience for the Muslim world, including Türkiye’s efforts to serve as an intermediary between Washington and Tehran in opening space for dialogue and a diplomatic resolution.
On Palestine, I expressed appreciation for Türkiye and several other countries that have condemned Israel’s decision to expand illegal settlements in the occupied West Bank. Malaysia’s position is clear that such actions by the Zionist regime constitute a violation of international law.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
Merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2026M di Kuala Terengganu sebagai medan memperkukuh roh, akal dan jati diri umat berteraskan al-Quran.
Majlis yang saban tahun diadakan ini bukan sekadar medan memperdengar ayat suci Al-Quran, namun lebih besar dari itu, memaknai usaha melahirkan Generasi Al-Quran yang unik (جيل القرءان الفريد) dalam menghadapi tantangan zaman.
Saya tegaskan, kekuatan umat Islam tidak hanya terletak pada bacaan dan hafazan, tetapi pada penghayatan yang membentuk akhlak, memandu kepimpinan serta menterjemah nilai al-Quran dalam kehidupan dan pembangunan negara.
Dalam dunia yang semakin mencabar, termasuk konflik berpanjangan di Asia Barat, umat tidak boleh terus lemah dan terpinggir. Kita mesti bangkit dengan kekuatan ilmu, penguasaan teknologi dan kesedaran yang tinggi, berlandaskan kefahaman Islam yang sebenar.
Kerajaan MADANI akan terus memperkasa sistem pendidikan agar melahirkan generasi huffaz profesional, bukan sahaja menghafaz tetapi menguasai sains, teknologi dan kecerdasan buatan tanpa terpisah daripada akar akidah, akhlak dan nilai. Inilah pendekatan menggapai di langit, mengakar di bumi yang kita tekankan yakni menguasai ilmu baharu dan teknologi, namun tetap berpaksikan akidah, akhlak dan nilai.
Ini adalah perjuangan berterusan untuk mengangkat martabat umat dan memaknai Islam sebagai kekuatan pembebasan, kemajuan dan keadilan.
Insya-Allah, dengan ikhtiar dan istiqamah, kita akan melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berjiwa besar demi masa depan Malaysia MADANI.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini meneliti secara mendalam perkembangan krisis tenaga global yang kian meruncing serta implikasinya terhadap ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
Hakikatnya, dunia sedang memasuki fasa yang lebih mencabar dan tidak menentu, dan Malaysia tidak terkecuali daripada tempiasnya. Justeru, kita tidak boleh alpa atau terlalu selesa. Kita mesti bersiap siaga dengan disiplin, kecekalan dan semangat kebersamaan yang tinggi.
Dalam mengakui cabaran ini, saya ingin menegaskan bahawa asas ekonomi negara kekal kukuh dan berdaya tahan. Kerajaan MADANI akan terus bertindak secara proaktif berlandaskan data dan realiti semasa, termasuk mendapatkan pandangan pihak industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agar setiap langkah yang diambil bersifat menyeluruh, berimbang dan berkesan.
Dalam masa sama, saya mengajak seluruh rakyat memperkukuh ekonomi domestik. Utamakan barangan tempatan dan sokonglah usahawan kita, kerana kekuatan dalaman merupakan benteng utama dalam mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.
Insya-Allah, setiap keputusan akan terus berpaksikan tanggungjawab dan kepentingan rakyat. Kerajaan akan berikhtiar memastikan kestabilan bekalan tenaga terpelihara, ekonomi terus berfungsi dengan baik, serta kebajikan rakyat kekal menjadi keutamaan dalam setiap tindakan.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Diberi kesempatan menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam di Kuala Lumpur.
Dalam suasana penuh hormat kami menzahirkan iltizam bersama untuk memperkukuh hubungan istimewa Malaysia dan Brunei berteraskan amanah, saling percaya dan kesepakatan dalam mendepani cabaran serantau serta global.
Hubungan ini bukan sekadar diplomasi, tetapi ikatan persaudaraan yang berakar dalam sejarah dan diperkukuh oleh kejujuran serta tekad bersama untuk menjamin kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
Semoga jalinan ini terus mekar dan dipelihara, demi masa depan yang lebih aman, stabil dan makmur.
🇲🇾🤝🇧🇳
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#DiplomasiMADANI
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kerana perkenan menerima patik untuk menghadap dalam kunjungan singkat ke Johor hari ini.
Kami bertukar pandangan dalam isu melibatkan kepentingan negara serta negeri Johor, selain memberi maklum usaha dan tindakan Kerajaan dalam mendepani kemelut global saat ini.
Kerajaan sesungguhnya akan terus bekerja memastikan rakyat dilindungi dan negara kekal aman dan stabil, Insya-Allah.
Foto: RPO
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Saya telah berhubung dengan Perdana Menteri India Narendra Modi pada lewat petang tadi. Saya hargai ucapan beliau kepada keluarga dan rakyat Malaysia bersempena sambutan Eidulfitri Mubarak yang bakal tiba. Perbincangan kami bertumpu pada perkembangan mutakhir di Asia Barat yang kian memburuk, apatah lagi di bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi medan damai dan ketenangan.
Saya berkongsi pendirian tegas dan konsisten Malaysia dalam mengutuk pengeboman dan pembantaian oleh Israel terhadap Iran yang didukung Amerika Syarikat.
Kami sepakat untuk menyeru kepada penghentian segera pertempuran serta menggembleng usaha untuk menjunjung suara damai, diplomasi dan dialog yang sihat.
Kami turut sepakat bahawa Malaysia dan India mesti berganding bahu memperkukuh suara kolektif di semua pentas antarabangsa, termasuk di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan BRICS. Walhasil, kerjasama padu ini menjadi semakin mendesak tatkala dunia dirundung suasana ekonomi global yang kelam, termasuk memberi kesan kepada aspek keterjaminan makanan. Insya-Allah, Malaysia dan India akan terus memperkukuh iltizam bersama demi keamanan sejagat.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Dalam suasana dunia yang terus berantakan akibat konflik dan perseteruan geopolitik, kita tidak boleh membiarkan ketidakadilan dan kezaliman mengheret kita untuk bungkam. Perang yang melanda Asia Barat hari ini yang dicetuskan rejim ganas Israel dan didukung bala tentera Amerika Syarikat, persoalannya tidak lagi berlegar sekitar perihal angka korban dan kemusnahan infrastruktur semata, malah ia mencerminkan kecenderungan yang berbahaya untuk menunduk atau mendominasi ruang wilayah serta pengaruh tanpa menghiraukan aspek kemanusiaan. Mangsa paling besar tentunya wanita, kanak-kanak dan masyarakat yang dipaksa hidup dalam ketakutan, kehilangan dan trauma yang berpanjangan.
Malaysia mengambil pendirian yang jelas dan berprinsip yakni mendesak dihentikan segera keganasan, meredakan ketegangan serta menghidupkan kembali saluran diplomasi yang berpaksi pada undang-undang antarabangsa dan penghormatan terhadap maruah manusia.
Maka, dalam kerangka inilah Forum Ilmuwan Malaysia MADANI pada hari ini menjadi wahana penting untuk menilai secara adil cabaran geopolitik yang merundung dunia. Saya juga berbesar hati tatkala menyambut kehadiran Profesor Jeffrey Sachs sebagai pembicara undangan, seorang ilmuwan dan juga sahabat yang telah sekian lama menekuni persoalan pembangunan, kemiskinan dan tatanan dunia (world order). Mudah-mudahan wacana ilmiah seperti ini akan terus menyemarak ruang pemikiran yang berani, adil dan berprinsip dalam usaha dan upaya kita mempertahankan ‘reason’ dan martabat kemanusiaan sejagat. Terima kasih setingginya kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Luar dan Sunway University dalam mengelola forum pada hari ini.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama masyarakat Sarawak di Kuching petang tadi. Ia menjadi kesempatan yang mengingatkan kita bahawa Ramadan tidak sekadar bulan ibadah tetapi madrasah yang mendidik jiwa; membentuk ketakwaan, memperkukuh persaudaraan, dan menyemai semangat kebersamaan antara kaum dan agama di negara ini. Dalam suasana yang penuh keberkatan ini, kita diingatkan bahawa nilai kemanusiaan, keadilan dan perpaduan mesti terus menjadi teras dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Di ruang yang sama, saya tegaskan betapa dunia sedang berdepan kegawatan yang tidak diduga akibat konflik di rantau Teluk dan Parsi yang memberi kesan langsung kepada ekonomi global, termasuk kenaikan harga minyak dan gangguan rantaian bekalan. Lantaran itu, kerajaan mengambil langkah segera dan berhemah bagi melindungi rakyat, termasuk mengekalkan harga RON95 pada kadar RM1.99 meski negara tetangga di rantau kita hampir kesemuanya telah menaikkan harga petrol. Prinsip kita jelas yakni ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup, tanggungjawab kerajaan adalah memastikan beban itu tidak dipindahkan kepada mereka.
Namun dalam menghadapi tantangan ini, kekuatan sebenar negara terletak pada ketahanan domestik. Dengan etika kerja yang lebih tekun, tadbir urus yang lebih baik serta semangat inovasi dan perpaduan antara Persekutuan, negeri, sektor swasta dan rakyat, kita mesti mampu mengubah cabaran menjadi peluang. Seperti yang diungkap pemikir dan ekonomis Jerman-Austria Joseph Schumpeter mengenai ‘creative destruction’, setiap krisis menuntut keberanian mencari ruang dan jalan baharu dalam mengolah sistem ekonomi sediada. Insya-Allah, dengan ikhtiar bersama dan doa yang tidak putus, Malaysia mesti melangkah gagah sebagai tatanan yang berdaya tahan, bersatu dan tegap.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja