TGTGInsightintelligentia telegramLIVE / telegram public index
Redi ad canales
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official avatar

TGINSIGHT CHAT

Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

@mofamalaysia

Politica

#ApaKhabar👋#RakanWisma🇲🇾🌐⤵️ ↗️Saluran Telegram Rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia 🇲🇾 | Official Telegram Channel for Malaysia’s Ministry of Foreign Affairs 🇲🇾 ↗️#MyASEAN2025#MYASEANChair2025#KeterangkumanDanKemampanan

Subscriptores1,840Numerus subscriptorum hodiernus
Scripta custodita1,008Scripta numerata
Attingentia recens853Visiones scriptorum recentium
Scripta recentia

Scripta recentia

Pag. 20 de 84 · 1,008 scripta

Editum Apr 7

[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Kementerian Luar Negeri telah menyertai Sesi Dialog “Budaya dan Diplomasi: Kemampanan Sosial dan Pemeliharaan Warisan Tekstil” pada 2 April 2026 di Kuantan, Pahang. ° Program ini menghimpunkan Ketua-ketua Perwakilan dan diplomat asing dari negara-negara Afrika, sebagai platform memperkukuh hubungan persahabatan serta memperluas kerjasama dalam bidang diplomasi budaya dan pemeliharaan warisan. ° Sebagai sebahagian daripada pengisian program, para jemputan turut menghadiri Majlis Santapan Diraja yang disempurnakan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, serta diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang di Istana Abdulaziz. Majlis ini mencerminkan kehalusan adat dan warisan budaya Malaysia, di samping mengukuhkan lagi hubungan diplomatik. 🌺 Penglibatan ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memartabatkan diplomasi budaya sebagai pemangkin kerjasama antarabangsa. 🇲🇾🌐 #WismaPutra#HubunganDuaHala#BilateralRelations#MalaysiaAfrika#MalaysiaAfrica https://www.instagram.com/p/DW0HjzLE2Mv/?igsh=cHBhb3Y0cHNmcW5v

134 views

Editum Apr 7

102 views

Editum Apr 7

87 views

Editum Apr 7

[TERKINI] | [LATEST] #SiaranAkhbar | #PressRelease [031/2026] MALAYSIA TELAH DIJAMINKAN LALUAN SELAMAT BAGI SALAH SATU DARIPADA TUJUH KAPAL DI SELAT HORMUZ •••••••••••••••••••••••••••••• MALAYSIA SECURES SAFE PASSAGE FOR ONE OF THE SEVEN VESSELS IN THE STRAIT OF HORMUZ #WismaPutra https://www.instagram.com/p/DWz9CPxEyzv/?igsh=eG1nOXRydWZ5NTE1

102 views

Editum Apr 7

65 views

Editum Apr 7

34 views

Editum Apr 7

Sewaktu berucap dalam Majlis Peluncuran Kolej Vokasional Pengerang, saya menegaskan bahawa negara ini mesti dipacu dengan lebih segar dan berani, serta tidak boleh terus ketinggalan dalam arus perubahan global. Pendidikan perlu diberi keutamaan, khususnya dalam bidang sains, matematik dan kemahiran teknikal, termasuk memperkasa TVET sebagaimana yang telah membuahkan hasil di negara maju seperti Jerman dan Jepun. Dalam konteks semasa, krisis di Asia Barat turut memberi peringatan jelas tentang betapa pentingnya kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan bekalan tenaga dan rantaian ekonomi global. Saya singgung, Kerajaan juga memahami kebimbangan ibu bapa, namun kini tersedia laluan yang lebih anjal di mana pelajar TVET masih berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi. Justeru institusi pengajian tinggi perlu lebih responsif dan tidak lagi bergantung kepada unjuran lama dan mesti bertindak segera kerana kaedah lama tidak lagi memadai dalam menghadapi cabaran baharu dunia. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

43 views

Editum Apr 7

34 views

Editum Apr 7

Singgah ke Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor untuk menyantuni warga FELDA serta menyampaikan amanat kepada komuniti peneroka yang menjadi tulang belakang pembangunan luar bandar negara. Saya menegaskan bahawa FELDA tidak boleh dipinggirkan daripada arus pembangunan negara. Justeru, kemudahan asas khususnya perkhidmatan kesihatan perlu terus diperkasa dan dinaik taraf, termasuk penyediaan pusat dialisis yang lebih lengkap demi menjamin kebajikan warga setempat. Kebajikan rakyat, termasuk para peneroka, kekal sebagai teras kepada kemajuan dan kekuatan ekonomi negara. Dalam kesempatan ini, saya turut menjelaskan langkah-langkah diambil dalam mendepani krisis di Asia Barat dimana Kerajaan MADANI tidak akan mengabaikan kepentingan rakyat, sebaliknya akan terus berusaha sedaya upaya memastikan kesejahteraan negara terpelihara walau berdepan cabaran global yang tidak menentu. Warga FELDA diseru untuk terus peka terhadap perkembangan semasa serta bersama-sama memahami dan menyokong segala usaha kerajaan demi memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan. Sebelum beredar, saya mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM500,000 bagi membaiki dan menaik taraf keperluan asas, termasuk kemudahan sekolah dan masjid, demi keselesaan serta kesejahteraan masyarakat di Felda Semenchu. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

69 views

Editum Apr 7

72 views

Editum Apr 7

Saya hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik hari ini. Dalam kesempatan tersebut, saya turut berpeluang bertemu dan menyampaikan ucapan takziah secara langsung kepada ahli keluarga mendiang, serta berkongsi rasa dukacita atas pemergian seorang tokoh yang amat berjasa. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan sumbangan mendiang, bukan sahaja kepada parti MCA, malah kepada negara secara keseluruhan, khususnya dalam memajukan sektor pengangkutan. Dedikasi dan kepimpinan mendiang akan terus dikenang serta menjadi teladan kepada generasi akan datang.

59 views

Editum Apr 7

52 views
12•••5•••10•••15•••1819202122•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384