TGINSIGHT CHAT
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
@mofamalaysia
Politica#ApaKhabar👋#RakanWisma🇲🇾🌐⤵️ ↗️Saluran Telegram Rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia 🇲🇾 | Official Telegram Channel for Malaysia’s Ministry of Foreign Affairs 🇲🇾 ↗️#MyASEAN2025#MYASEANChair2025#KeterangkumanDanKemampanan
Scripta recentia
Pag. 80 de 84 · 1,008 scripta
Editum Jan 12
✋ ApaKhabar! Merhaba! RakanWisma 🇲🇾🌐 📌 Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tertinggi (HLSC) Malaysia–Türkiye bersama Presiden Recep Tayyip Erdoğan di Ankara pada 7 Januari 2026. Mesyuarat ini menjadi platform strategik peringkat tertinggi untuk menilai semula kerjasama dua hala dan meneroka peluang baharu merentasi sektor utama, serta ianya turut dimuktamadkan dengan Kenyataan Bersama HLSC serta pertukaran beberapa dokumen dua hala. 🌺 Inisiatif ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam mendukung aspirasi Malaysia MADANI serta memperkukuh Diplomasi MADANI di peringkat antarabangsa 🇲🇾 #WismaPutra#RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI#TaatSetia#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DTZ10HlE5Ly/?igsh=aTNtdWRoMzUxaW93
Editum Jan 12
Editum Jan 10
Lawatan rasmi ke Republik Türkiye atas undangan Presiden Recep Tayyip Erdoğan membuka lembaran baharu hubungan dua hala yang semakin erat dan strategik. Penubuhan Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC) mencerminkan tahap kepercayaan dan persahabatan luar biasa antara Malaysia dan Türkiye. Lawatan ini juga menegaskan komitmen bersama untuk mempertahankan prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat, khususnya dalam menangani tragedi kemanusiaan di Gaza. Keseluruhannya, kunjungan ini melebihi jangkaan dan memperkukuh tekad bersama untuk memastikan setiap persetujuan dilaksanakan dengan berkesan demi manfaat rakyat kedua-dua negara. 🇲🇾🇹🇷 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #DiplomasiMADANI
Editum Jan 10
Editum Jan 10
Editum Jan 10
Editum Jan 10
Editum Jan 10
Editum Jan 10
Editum Jan 10
Alhamdulillah, selamat tiba ke tanah air usai lawatan rasmi di Republik Türkiye. Saya kemudiannya ke pejabat untuk mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri. Untuk Malaysia! 💪 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #JenteraMADANI
Editum Jan 10
Editum Jan 10
Ketika sidang media di Istanbul, saya menjawab beberapa tuduhan dan kekeliruan berhubung kunjungan saya ke makam Mustafa Kemal Atatürk. Hakikatnya, ia adalah sebahagian daripada protokol rasmi lawatan kenegaraan ke Türkiye sebagai penghormatan kepada tokoh yang amat dihormati rakyat negara ini atas peranannya mempertahankan kedaulatan Türkiye. Menilai perkara ini tanpa memahami konteks sejarah hanya mencerminkan kedangkalan ilmu dan kegopohan menghukum, sedangkan sejarah menuntut kefahaman yang lebih adil dan matang. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #DiplomasiMADANI