TGINSIGHT CHAT
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
@mofamalaysia
Politica#ApaKhabar👋#RakanWisma🇲🇾🌐⤵️ ↗️Saluran Telegram Rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia 🇲🇾 | Official Telegram Channel for Malaysia’s Ministry of Foreign Affairs 🇲🇾 ↗️#MyASEAN2025#MYASEANChair2025#KeterangkumanDanKemampanan
Scripta recentia
Pag. 40 de 84 · 1,008 scripta
Editum Mar 6
Editum Mar 6
📞📞📞 Malam tadi saya berhubung dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan yang semakin meruncing di Asia Barat susulan siri serangan yang menggugat kestabilan rantau tersebut. Saya menyatakan solidariti Malaysia terhadap Turkiye susulan kejadian peluru berpandu balistik yang menuju ke arah ruang udara negara itu, menggambarkan betapa rapuhnya keselamatan rantau itu ketika ini. Menyentuh insiden pembunuhan beberapa pimpinan tertinggi Iran termasuk Almarhum Ali Khamenei, saya tegaskan bahawa peristiwa ini berisiko menjerumuskan Asia Barat ke dalam ketidaktentuan yang serius dan berpanjangan. Kami senada bahawa semua pihak perlu menunjukkan tahap kawalan diri dan kebijaksanaan tertinggi bagi mengelakkan keadaan daripada terus meruncing. Saya turut menyatakan penghargaan terhadap peranan Presiden Erdoğan yang sering tampil sebagai suara nurani bagi dunia Islam, termasuk usaha Turkiye memainkan peranan sebagai perantara antara Washington dan Tehran dalam membuka ruang dialog dan penyelesaian diplomatik. Malaysia menyeru semua pihak menurunkan ketegangan dan menghentikan serangan yang berisiko mencetuskan ketidakstabilan lebih luas melangkaui Asia Barat. Pendekatan berteraskan dialog dan diplomasi mesti menjadi keutamaan. Menyentuh perkembangan isu Palestin, saya menyatakan penghargaan terhadap Turkiye dan beberapa negara lain yang mengutuk keputusan Israel memperluas penempatan haram di Tebing Barat. Pendirian Malaysia jelas bahawa tindakan rejim Zionis itu adalah pencabulan undang-undang antarabangsa. ===== Last night I spoke with the President of Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan to exchange views on the increasingly grave developments in West Asia following a series of attacks that are threatening the stability of the region. I conveyed Malaysia’s solidarity with Türkiye following the incident involving a ballistic missile headed towards its airspace, a development that underscores just how fragile the region’s security environment has become. On the assassination of several senior Iranian leaders, including the late Ali Khamenei, I stressed that such developments risk pushing West Asia into a period of serious and prolonged instability. We were in agreement that all parties must exercise the utmost restraint and wisdom to prevent the situation from further deteriorating. I also expressed appreciation for President Erdoğan’s role as a voice of conscience for the Muslim world, including Türkiye’s efforts to serve as an intermediary between Washington and Tehran in opening space for dialogue and a diplomatic resolution. On Palestine, I expressed appreciation for Türkiye and several other countries that have condemned Israel’s decision to expand illegal settlements in the occupied West Bank. Malaysia’s position is clear that such actions by the Zionist regime constitute a violation of international law. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja
Hashtags
Editum Mar 6
Editum Mar 5
NOTIS KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI WILAYAH BARAT ARAB SAUDI (JEDDAH, MEKAH, MADINAH DAN TAIF) 1. Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Arab Saudi yang memilih untuk pulang secara sukarela. 2. Inisiatif ini adalah bersifat sehala (one-way) dari Jeddah dan/atau Madinah ke Kuala Lumpur dan disediakan khusus bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air dalam situasi semasa. 3. Keutamaan penyertaan akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang berada di Wilayah Barat Arab Saudi (Jeddah, Mekah, Taif dan Madinah) bagi tujuan lawatan sementara atau menunaikan ibadah (umrah atau ziarah), khususnya mereka yang terkesan akibat gangguan perjalanan susulan pembatalan penerbangan bermula pada 28 Februari 2026 hingga kini. 4. Pendaftaran hendaklah dibuat secara individu melalui pautan yang disediakan oleh pihak Konsulat bagi memastikan ketepatan maklumat setiap pemohon seperti berikut: https://forms.gle/goS1vqsSpneNbGhv6 5. Rakyat Malaysia yang bekerja di Arab Saudi dan merupakan pemegang "Iqamah" (Kad Pengenalan Diri) dinasihatkan untuk menyemak terma kontrak pekerjaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memohon menyertai inisiatif ini. 6. Maklumat lanjut berhubung inisiatif ini akan dimaklumkan oleh pihak Konsulat dalam masa terdekat. 7. Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi: Telefon: +966 573 099 589 Emel: [email protected] 8. Sebarang makluman terkini akan dihebahkan melalui Facebook Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah. KONSULAT JENERAL MALAYSIA JEDDAH 5 MAC 2026
Editum Mar 5
Editum Mar 5
[TERKINI] | [LATEST] #SiaranAkhbar | #PressRelease [021/2026] NASIHAT PERJALANAN TERKINI BAGI KAWASAN KONFLIK DI TIMUR TENGAH DAN NOTIS EVAKUASI •••••••••••••••••••••••••••••• UPDATED TRAVEL ADVISORY FOR CONFLICT AREAS IN THE MIDDLE EAST AND NOTICE OF EVACUATION #WismaPutra https://www.instagram.com/p/DVgLyhPk7d4/?igsh=bmZ4dnp5b25jY3J5
Editum Mar 5
Editum Mar 5
Editum Mar 5
✅ PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA, MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KE-15 TAHUN 2026 | RABU, 4 MAC 2026 “Malaysia kekal tegas dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin serta mengutuk sekeras-kerasnya keganasan, serangan ketenteraan dan sekatan ke atas penduduk awam di Gaza. Malaysia terus melaksanakan usaha diplomatik di pelbagai peringkat antarabangsa serta memanfaatkan platform seperti PBB, OIC, NAM dan ASEAN bagi menggesa pelaksanaan gencatan senjata yang kekal, perlindungan rakyat Palestin serta akses bantuan kemanusiaan tanpa sekatan ke Gaza.” #WismaPutra#DiplomasiMADANI#MalaysiaMADANI#TaatSetia#MADANIBekerja https://www.instagram.com/reel/DVfyzOcE382/?igsh=MXI3MDdvM21sM2ViYg==
Editum Mar 5
ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 Sudah berada di luar negara?🛫 Memerlukan bantuan daripada Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia? Jom muat turun MyWorldAlert (MWA) 📲 Selanjutnya | 🔗Pautan⤵️ Facebook : https://www.facebook.com/share/p/17ht3CZTpp/ X: https://x.com/i/status/2029462259551092945 Instagram: https://www.instagram.com/p/DVfrLwnk44C/?igsh=MWZkNHltbnNxOWN0OQ== TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSue1cx8F/ Telegram: https://t.me/MOFAMalaysia/13271?single WhatsappChannel: https://whatsapp.com/channel/0029VbCLRw21t90TFv4Grj1C
Editum Mar 5
https://www.facebook.com/share/p/1XTnZDrz4a/
Editum Mar 5