TGINSIGHT CHAT
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
@mofamalaysia
Politica#ApaKhabar👋#RakanWisma🇲🇾🌐⤵️ ↗️Saluran Telegram Rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia 🇲🇾 | Official Telegram Channel for Malaysia’s Ministry of Foreign Affairs 🇲🇾 ↗️#MyASEAN2025#MYASEANChair2025#KeterangkumanDanKemampanan
Scripta recentia
Pag. 83 de 84 · 1,008 scripta
Editum Jan 8
[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri telah diberikan Istiadat Sambutan Rasmi dan seterusnya mengadakan pertemuan empat mata bersama TYT Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Republik Türkiye di Kompleks Presiden, Ankara pada 7 Januari 2026. • Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin membincangkan isu-isu dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama, termasuk perkembangan terkini di Timur Tengah. 🌺 Kedua-duanya turut menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Malaysia-Türkiye dalam semua sektor kerjasama. 🇲🇾🤝🇹🇷 #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaTürkiye#BilateralRelations#DiplomasiMADANI 📸 Kredit foto : PMO Malaysia https://www.instagram.com/p/DTPMEhkk-fj/?igsh=MWUzb3l0MG1hbmgzZA==
Editum Jan 8
Editum Jan 8
[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Pada 7 Januari 2026, Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyampaikan syarahan umum bertajuk “Power Shift: Strategic Choices for Malaysia and Türkiye” dalam satu sesi yang dianjurkan dengan kerjasama badan pemikir terkemuka Türkiye, Yayasan Penyelidikan Politik, Ekonomi dan Sosial (SETA), bertempat di JW Marriott Hotel Ankara. 🌺 Dalam ucapannya, Perdana Menteri menekankan keutamaan dasar luar Malaysia serta membincangkan peluang untuk memperkukuh kerjasama strategik yang lebih mendalam dengan Republik Türkiye. 🇲🇾🤝🇹🇷 📸 Kredit foto : PMO Malaysia #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaTürkiye#BilateralRelations#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DTPLIFxE_JB/?igsh=MXU3YXhja2F2MXA3Yw==
Editum Jan 8
Editum Jan 8
Editum Jan 8
[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat daripada Prof. Dr l. Dr. Haluk Görgün, Setiausaha Industri Pertahanan, Sekretariat Industri Pertahanan di bawah Pejabat Presiden Republik Türkiye (SSB) di Ankara pada 7 Januari 2026. • Kedua-dua pihak menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama Malaysia–Türkiye dalam bidang industri pertahanan, khususnya melalui pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai aktiviti perolehan di peringkat Kerajaan-ke-Kerajaan yang ditandatangani pada Februari 2025. 🌺 MoU ini berperanan sebagai mekanisme utama untuk memperkemas proses pemerolehan aset ketenteraan dari Türkiye. 🇲🇾🤝🇹🇷 📸 Kredit foto : PMO Malaysia #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaTürkiye#BilateralRelations#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DTPIyWqkw1n/?igsh=c2prbmVvd3U4cDdr
Editum Jan 8
Editum Jan 8
Editum Jan 8
#KenyataanBersama | #JointStatement Joint Statement of the High-Level Strategic Cooperation Council Meeting between the Republic of Türkiye and Malaysia. 🇲🇾🤝🇹🇷 https://l1nq.com/Qhysj #WismaPutra
Editum Jan 8
Menyaksikan pertukaran tujuh dokumen penting yang menjadi pemangkin kepada pengukuhan kerjasama strategik antara Malaysia dan Republik Türkiye, merentasi pelbagai bidang keutamaan negara. Antara dokumen yang dimeterai termasuk: 🤝 LoA perolehan sebuah Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) 2 antara Kementerian Dalam Negeri dan Desan Shipyard. 🤝 MoU bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Pihak Berkuasa Informasi dan Teknologi Komunikasi Republik Türkiye. 🤝 MoU Kerjasama Penyelidikan antara Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) dan SETA Foundation dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. 🤝 MoU Kerjasama Kewangan antara EXIM Bank Malaysia dan Türk Eximbank. 🤝 MoU Kerjasama Pelaburan antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Invest Türkiye. 🤝 Pertukaran Minit Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Bersama Pendidikan Tinggi Malaysia–Türkiye. 🤝 Deklarasi Bersama mengenai penubuhan Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC). Kesemua dokumen ini mencerminkan kesepakatan Malaysia dan Türkiye untuk membina hubungan dua hala yang lebih tersusun, progresif dan saling melengkapi, berteraskan kepentingan strategik serta manfaat jangka panjang kepada rakyat. Dalam sidang media bersama, kami menegaskan iltizam bersama untuk memastikan setiap kerjasama yang telah dimeterai dilaksanakan secara berdisiplin, telus dan berkesan. Mendoakan agar hubungan persahabatan yang terjalin kukuh antara Malaysia dan Republik Türkiye akan terus mekar, diperkasa dengan kepercayaan yang mendalam dan saling menghormati, Insya-Allah. 🇲🇾🇹🇷 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #DiplomasiMADANI
Editum Jan 8
Editum Jan 7
Saya dan Presiden Erdoğan kemudiannya bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC), bagi menetapkan hala tuju kerjasama strategik Malaysia-Republik Türkiye demi manfaat bersama. Antara perkara utama yang disentuh dalam mesyuarat ini ialah pengukuhan kerjasama strategik merentasi pelbagai bidang keutamaan, meliputi perdagangan dan pelaburan, industri halal, kewangan Islam, semikonduktor, sistem pengangkutan pintar (ITS), pertahanan dan keselamatan, tenaga dan alam sekitar, unsur nadir bumi (REE), pelancongan serta pendidikan. Mesyuarat turut meneliti usaha memperluas dan memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Türkiye dalam kerangka serantau serta pelbagai hala, khususnya melalui ASEAN, D-8 dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), di samping bertukar pandangan mengenai situasi semasa di Gaza serta perkembangan keselamatan dan kemanusiaan di Timur Tengah. Saya menghargai ucapan tahniah yang dizahirkan terhadap peranan Malaysia sebagai pemudah cara dalam usaha perdamaian antara Kemboja dan Thailand, di samping pengiktirafan terhadap kejayaan Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun lalu. ====== President Erdoğan and I co-chaired the First Meeting of the High-Level Strategic Cooperation Council (HLSCC) to set the strategic direction for Malaysia–Republic of Türkiye cooperation, for our mutual benefit. 🇲🇾🇹🇷 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #DiplomasiMADANI