TGINSIGHT CHAT
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
@mofamalaysia
Politica#ApaKhabar👋#RakanWisma🇲🇾🌐⤵️ ↗️Saluran Telegram Rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia 🇲🇾 | Official Telegram Channel for Malaysia’s Ministry of Foreign Affairs 🇲🇾 ↗️#MyASEAN2025#MYASEANChair2025#KeterangkumanDanKemampanan
Scripta recentia
Pag. 50 de 84 · 1,008 scripta
Editum Feb 27
⚠️ AVISO CONSULAR | BRASIL ⚠️ 📌 Reforçamos a importância do registro dos cidadãos malaios no sistema E-Konsular para facilitar a comunicação e assistência emergencial: 🔗https://ekonsular.kln.gov.my 📞 Para cidadãos malaios que necessitem de assistência consular imediata, favor entrar em contato com a Embaixada da Malásia em Brasília. [English] ⚠️ CONSULAR NOTICE | BRAZIL ⚠️ 📌 We strongly encourage Malaysian citizens to register in the E-Konsular system to facilitate communication and emergency assistance:🔗https://ekonsular.kln.gov.my 📞 Malaysian citizens requiring immediate consular assistance are advised to contact the Embassy of Malaysia in Brasília. [Malay] ⚠️ NOTIS KONSULAR | BRAZIL ⚠️ 📌Warganegara Malaysia amat digalakkan untuk mendaftar keberadaan mereka menerusi sistem E-Konsular di pautan 🔗https://ekonsular.kln.gov.my bagi memudahkan penyaluran maklumat dan bantuan kecemasan. 📞Bagi warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan konsular segera, sila hubungi Kedutaan Besar Malaysia di Brasília.
Editum Feb 26
[⏭️ English caption@ comment section] ApaKabar🙏 | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri, telah menerima kunjungan hormat daripada TYT R. M. Iman Hascarya Kusumo, Duta Besar Republik Indonesia pada 26 Februari 2026 di Bangunan Parlimen. ° Kunjungan tersebut mencerminkan hubungan erat dan semangat persahabatan yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Republik Indonesia, serta menzahirkan komitmen bersama untuk terus memperkukuh dan mengangkat jalinan kerjasama komprehensif dan strategik antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi. ° Perbincangan yang berlangsung dalam suasana terbuka dan konstruktif telah merangkumi usaha memperkasa mekanisme dua hala utama, mempertingkat kerjasama ekonomi dan pengurusan sempadan, mempererat penyelarasan dalam sektor kewangan, serta memperluas perdagangan dua hala termasuk penggunaan mata wang tempatan masing-masing dalam urus niaga perdagangan. 🌺 Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk terus memperkukuh kerjasama dalam kerangka serantau dan pelbagai hala, dengan matlamat bersama untuk memastikan hubungan Malaysia-Republik Indonesia kekal stabil, berpandangan ke hadapan serta memberikan manfaat yang nyata dan menyeluruh kepada rakyat kedua-dua negara. 🇲🇾🤝🇮🇩 #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaIndonesia#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DVN_Zt2k78B/?igsh=ZG0xNHR5bHozNGFm
Editum Feb 26
Editum Feb 26
[⏭️ English caption@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri telah menyampaikan Kenyataan Negara di Segmen Peringkat Tinggi Persidangan Mengenai Pelucutan Senjata yang sedang berlangsung dari 23 hingga 27 Februari 2026 di Geneva, Switzerland. ° Dalam siaran video kenyataannya, beliau menekankan keperluan untuk Persidangan tersebut memenuhi mandat dalam mencapai matlamat pelucutan senjata secara umum dan menyeluruh serta menegaskan peranan Persidangan tersebut sebagai satu-satunya forum rundingan pelucutan senjata pelbagai hala. 🌺 Beliau juga menegaskan komitmen teguh Malaysia terhadap Persidangan tersebut melalui penglibatan konstruktif dengan semua Negara Anggota bagi mencapai pelucutan senjata secara umum dan menyeluruh, berpandukan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, undang-undang antarabangsa dan teras multilateralisme. 🇲🇾🌐 #WismaPutra#HubunganPelbagaiHala#MultilateralAffairs#PelucutanSenjata#Disarmament https://www.instagram.com/p/DVN4uYOE-hV/?igsh=eTNlcGEwaDYzY2N2
Editum Feb 26
Editum Feb 26
[⏭️ English caption@ comment section] ApaKhabar✋ | KayfHalik RakanWisma🇲🇾🌐 ° Pada 26 Februari 2026, Dato' Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha telah mengadakan pertemuan dengan TYT Dr. Mubarak Saeed Aldhaheri, Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE). 🌺 Kedua-dua pihak bertekad untuk terus memperkasa hubungan dua hala antara Malaysia dan UAE. 🇲🇾🤝🇦🇪 #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaUAE#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DVNsavtk2tl/?igsh=MWJ6cjN0dnU2ajE5NQ==
Editum Feb 26
Editum Feb 26
[⏭️ English caption@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri, telah menerima kunjungan hormat daripada PYT Lada Phumas, Duta Besar Thailand pada 25 Februari 2025. ° Pertemuan ini telah mengukuhkan hubungan dua hala yang telah sekian lama terjalin erat antara Malaysia dan Thailand. 🌺 Kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang-bidang utama yang berkepentingan bersama, termasuk perdagangan dan pelaburan, kesalinghubungan di kawasan sempadan, kerjasama keselamatan serta perkembangan serantau. 🇲🇾🤝🇹🇭 #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaThailand#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DVNDoC0kyYX/?igsh=NjVqanN6YzViOGYx
Editum Feb 26
Editum Feb 26
[⏭️ English caption@ comment section] ApaKabar🙏 | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato' Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha telah menerima kunjungan hormat daripada TYT R. M. Iman Hascarya Kusumo, Duta Besar Republik Indonesia pada 25 Februari 2026 di Wisma Putra. ° Kunjungan hormat ini memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk memperhalusi kelangsungan momentum positif hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. 🌺 Tumpuan turut diberikan kepada penyelarasan siri lawatan peringkat tertinggi yang akan datang, di samping usaha memperkasakan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara. 🇲🇾🤝🇮🇩 #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaIndonesia#BilateralAffairs#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DVNBHuLkytI/?igsh=MTlwY3QyNzJqeXVlMg==
Editum Feb 26
Editum Feb 26
[⏭️ English caption@comment section] ApaKhabar✋ | KayfHalik RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato' Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Osamah Bin Dakhel R. Al-Ahmadi, Duta Besar Arab Saudi pada 25 Februari 2026. ° Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan kedudukan hubungan Malaysia-Arab Saudi, termasuk hubungan politik dan hubungan antara rakyat. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan akrab yang sedia terjalin, berdasarkan keprihatinan bersama terhadap umat Islam sejagat. 🌺 Kedua-dua pihak mengalu-alukan penganjuran Mesyuarat Kedua Majlis Penyelarasan Saudi-Malaysia (SMCC), satu rangka kerja komprehensif bagi kerjasama dua hala yang merentas pelbagai bidang. 🇲🇾🤝🇸🇦 #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaArabSaudi#MalaysiaSaudiArabia#BilateralAffairs https://www.instagram.com/p/DVM_JOgEyc2/?igsh=MTlnbW41NzVwb3h2dA==