TGINSIGHT CHAT
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
@mofamalaysia
Politica#ApaKhabar👋#RakanWisma🇲🇾🌐⤵️ ↗️Saluran Telegram Rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia 🇲🇾 | Official Telegram Channel for Malaysia’s Ministry of Foreign Affairs 🇲🇾 ↗️#MyASEAN2025#MYASEANChair2025#KeterangkumanDanKemampanan
Scripta recentia
Pag. 35 de 84 · 1,008 scripta
Editum Mar 12
Dalam sidang media petang tadi, saya menjelaskan bahawa konflik yang semakin meruncing di Asia Barat telah mula menjejaskan ekonomi dunia melalui gangguan rantaian bekalan tenaga serta lonjakan harga minyak global yang mencetuskan ketidaktentuan pasaran. Sebagai negara perdagangan terbuka, Malaysia tidak terkecuali daripada tempias perkembangan ini dan berdepan risiko kenaikan kos pengangkutan, tekanan terhadap harga barangan serta cabaran kepada kestabilan ekonomi. Dalam keadaan ini, Kerajaan MADANI memilih untuk mengambil langkah sukar dengan mengekalkan harga BUDI95 pada RM1.99 seliter meskipun harga minyak dunia meningkat, demi mempertahankan kepentingan rakyat. Pada masa yang sama, Kerajaan turut melaksanakan langkah awal penjimatan dalam perbelanjaan negara termasuk membatalkan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh kementerian, agensi Kerajaan dan GLC serta menghadkan lawatan luar negara oleh anggota pentadbiran. Kerajaan akan terus memantau rapat perkembangan konflik ini dan mengambil langkah tambahan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terpelihara serta kebajikan rakyat terus dilindungi. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI
Editum Mar 12
Editum Mar 12
Editum Mar 12
Editum Mar 11
ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Alhamdulillah, 170 rakyat Malaysia berjaya dievakuasi dari zon konflik di Asia Barat dan selamat tiba di KLIA tengah hari ini (11 Mac 2026) dengan penyelarasan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi-agensi berkaitan termasuk Wisma Putra serta Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara yang terlibat. 🇲🇾🌺 #WismaPutra #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #BantuanRakyatMalaysia#AssistanceToMalaysians https://www.instagram.com/reel/DVvGZP1E2nj/?igsh=MThjb2MxMzNzbnp0NA==
Editum Mar 11
Editum Mar 11
https://www.instagram.com/p/DVu-ve8DLjW/?igsh=NXluaXpnNGJ3a25p
Editum Mar 11
Editum Mar 11
ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 📌 Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri (KLN) telah diaktifkan bagi menyelaras pemantauan situasi semasa serta memperkukuh kesiapsiagaan dalam membantu urusan rakyat Malaysia di luar negara sekiranya diperlukan. 🌺 Wisma Putra, melalui rangkaian Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara terus komited memainkan peranan dalam memastikan segala urusan berkaitan bantuan konsular dan sebarang operasi evakuasi dapat dilaksanakan dengan teratur, cekap dan selamat. Kementerian juga sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan segala langkah yang perlu dapat diambil dengan segera demi kepentingan dan keselamatan rakyat Malaysia. 🇲🇾🌐 #WismaPutra #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #BantuanRakyatMalaysia#AssistanceToMalaysians https://www.instagram.com/p/DVu7ut7E0gd/?igsh=MnppZWh3MGs1d2Nh
Editum Mar 11
Editum Mar 11
[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Ketua Protokol, Ambassador Ikram bin Mohd Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Fung Ho-Yin Owin, Pengarah Pejabat Perdagangan dan Ekonomi Hong Kong (HK-ETO) Kuala Lumpur di Wisma Putra pada 10 Mac 2026. ° Ketua Protokol turut merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Fung atas pelantikan beliau sebagai Pengarah pertama HK-ETO susulan pembukaan pejabat tersebut pada Disember 2025. 🌺 Perbincangan turut menyentuh perkara-perkara berkaitan protokol, aspek operasi Pejabat serta potensi kerjasama yang memberi manfaat bersama. #WismaPutra#DiplomasiMADANI#TaatSetia#MalaysiaMADANI#MADANIBekerja https://www.instagram.com/p/DVu6gw1k1bc/?igsh=bnpwc2szM2Rkc3k1
Editum Mar 11