TGINSIGHT CHAT
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Health and FitnessCrisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Siaran terkini
Halaman 2 daripada 84 · 1,001 siaran
Diterbitkan 23 Mac
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒 23 MAC 2026 | 6:00 pagi 🔸Terdapat 1 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) iaitu di Padang Terap (Kedah) 🔸Terdapat 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu (Kedah), Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan) 📌Tahap Gelombang Haba: Suhu maksimum harian 37-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut. 📌Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut. Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ #metmalaysia #statuscuacapanas #NRES #MalaysiaMADANI
Diterbitkan 23 Mac
📣𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒 ☀️ Perhatian! kepada rakyat Kedah dan para perantau yang pulang ke kampung halaman, mohon peka dengan amaran cuaca semasa. Suhu tinggi antara 35 hingga 40 darjah Celcius boleh mengundang risiko kesihatan yang serius. Langkah Pencegahan: ✅ Rancang waktu ziarah raya pada awal pagi, lewat petang atau malam. ✅ Elakkan pendedahan terus kepada cahaya matahari dalam tempoh lama. ✅ Sentiasa hidrasi badan dengan air secukupnya. Sambut Syawal dengan kegembiraan, bukan dengan kstrok haba atau keletihan melampau. Beraya secara sihat! 🤝 Sumber : FB Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
Diterbitkan 11 Mac
Hari Raya; Kukuhkan Silaturahim, Kukuhkan juga Imuniti Diri Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang bersama Panel : Dr. Wan Abdul Hannan bin Wan Ibadullah Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit, KKM Dr. Chandrika a/p Jeevananthan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit, KKM 🎯 Mata kredit CPD turut disediakan! #MalaysiaSihat
Hashtags
Diterbitkan 24 Feb
📌 Saksikan temu bual bersama YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Dato’ Dr Hj Mat Zuki Mat Jaeb, Pakar Perunding Kanan Perubatan Respiratori, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang akan membicarakan dengan lebih lanjut berkenaan Tibi, hari ini. Platform: Ruang Bicara BERNAMA 📺 Tarikh: 24 Februari 2026 (Selasa) 🗓️ Masa: 9:00 malam - 10:00 malam ⏰ Topik: Ancaman Tibi: Jangan Ambil Mudah #KKMPrihatin#SihatBersama#MalaysiaSihat#MADANIBekerja#RancakkanMADANI
Diterbitkan 24 Feb
Diterbitkan 21 Feb
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Jangkitan Tuberkulosis: Sentiasa Berwaspada Dan Amalkan Kesihatan Kendiri Sepanjang Ramadan
Diterbitkan 12 Feb
𝐊𝐥𝐮𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐓𝐢𝐛𝐢 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 Penyakit Tibi (Tuberkulosis) ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis dan merebak melalui udara, terutamanya melalui batuk, bersin atau percakapan rapat dengan individu dijangkiti. Kluster Tibi merujuk kepada kejadian 2 kes atau lebih yang mempunyai kaitan epidemiologi dari segi masa, tempat atau hubungan kontak, menunjukkan kemungkinan wujudnya rantaian transmisi yang sama. Kes indeks merupakan kes Tibi yang dikenal pasti terlebih dahulu dan menjadi fokus dalam siasatan dan kawalan wabak. Di Malaysia, sebanyak 88 kluster dilaporkan pada tahun 2025 dengan 254 kes Tibi, manakala 35 kluster masih aktif. Sehingga 7 Februari 2026, sebanyak 10 kluster Tibi telah dilaporkan dan kesemuanya masih berstatus aktif, melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Johor, Sabah, Kedah, Kelantan, Pahang dan Perlis. Langkah Kawalan dan Pencegahan: 1️⃣ Rawatan awal anti-TB untuk pesakit yang disahkan 2️⃣ Saringan dan rawatan pencegahan untuk kontak rapat 3️⃣ Pemantauan rawatan melalui Directly Observed Therapy (DOT) 4️⃣ Etika batuk oleh individu bergejala KKM sentiasa komited untuk memantau, mencegah dan mengawal penyakit Tibi bagi memastikan kesihatan rakyat terpelihara #KKMPrihatin#SihatBersama#MalaysiaSihat#MADANIBekerja#RancakkanMADANI
Diterbitkan 12 Feb
Diterbitkan 10 Feb
Batuk dah lebih 2 minggu tapi tak baik-baik juga? 😷 Jangan ambil mudah! Itu mungkin salah satu tanda awal Tuberkulosis (TB). Penyakit ini bukan sekadar batuk biasa. Ia berpunca daripada bakteria dan boleh membawa maut jika tidak dirawat. Kenali tanda-tanda lain: ~Demam berpanjangan 🌡️ ~Batuk berdarah 🩸 ~Hilang selera makan 🍽️ ~Susut berat badan secara mendadak ⚖️ TB mudah merebak melalui udara apabila pesakit batuk, bersin, atau berbual. Jika anda atau orang tersayang mempunyai simptom ini, segera ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal menyelamatkan nyawa! #KKM#SihatMilikku#KesihatanAwam#MalaysiaMadani
Diterbitkan 5 Feb
Kenyataan Media Jabatan Kesihatan Negeri Johor Kejadian Wabak Tuberkulosis Di Kota Tinggi, Johor Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Johor @jknjohor
Diterbitkan 28 Jan
Diterbitkan 28 Jan