TGINSIGHT CHAT
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Health and FitnessCrisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Siaran terkini
Halaman 65 daripada 84 · 1,001 siaran
Diterbitkan 4 Feb
Tak perlu beratur lama di klinik untuk mendapatkan janji temu rawatan susulan. Tempah janji temu anda melalui aplikasi MySejahtera. Anda juga boleh melihat rekod kesihatan serta janji temu susulan di dalam aplikasi MySejahtera. Jom manfaatkan kemudahan yang telah disediakan. MySejahtera.. gerbang kesejahteraan digital anda. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Hashtags
Diterbitkan 4 Feb
If you are in or close to a flooded area, be cautious against: ⚠#drowning ⚠ electrocution ⚠ diseases borne by water, food and vectors 🦟 ⚠ snakebites Source: WHO
Hashtags
Diterbitkan 4 Feb
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 28 Januari 2023 (ME 4/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: Kumulatif kes baharu: 5,035,871; Kumulatif kes sembuh: 4,989,819 kes; Purata kes aktif : 9,478 kes; Kumulatif kes kematian: 36,940 kes; dan Kumulatif kluster: 7,170 kluster (kluster aktif: 5 kluster). Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 3/2023 dan ME 4/2023: Bilangan kes baharu menurun sebanyak 35.3 peratus (2,088 kes kepada 1,350 kes); Bilangan kes sembuh menurun sebanyak8.5 peratus (2,379 kes kepada 2,177 kes); dan Bilangan kes kematian menurun sebanyak66.7 peratus (24 kes kepada 8 kes). Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/01/kenyataan-media-kpk-1-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-4-22-28-januari-2023/
Diterbitkan 4 Feb
Sekiranya anda telah disahkan positif COVID-19, ✅ Sentiasa kekal berada di rumah ✅ Kemaskini status kesihatan secara harian di MySejahtera ✅ Jika bergejala atau gejala bertambah teruk, terus pergi ke CAC atau hospital atau hubungi 999 #ANMS#KekalSihat#COVID19#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Diterbitkan 31 Jan
Jangan tinggalkan PPV selagi sijil vaksinasi COVID-19 digital anda belum dikemas kini! Ini untuk memudahkan anda mendapatkan terus bantuan petugas PPV bagi menyelesaikan masalah maklumat vaksinasi yang tidak dikemas kini secara serta merta. #MySejahtera #GerbangKesejahteraanDigitalAnda #AplikasiKesihatanAwam Sumber: MySejahtera
Diterbitkan 31 Jan
🔊 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐫𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐨𝐫𝐠𝐚𝐧? Jika belum...jom daftar sekarang dengan mudah dan cepat menerusi aplikasi MySejahtera. Hanya 1 MINIT sahaja masa diperlukan untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan. Anda akan terus menerima kad ikrar digital di ruangan profil MySejahtera. Tiada sebarang bayaran dan pemeriksaan kesihatan diperlukan untuk pendaftaran. 🔹CEPAT 🔹MUDAH 🔹SELAMAT Satu Ikrar, Sejuta Harapan #dermaorgan #dermaorganmalaysia #sayanakikrar #sihatmilikku
Diterbitkan 31 Jan
Hari Penyakit Tropikal Terabai (Neglected Tropical Diseases, NTD) Sedunia disambut pada 30 Januari setiap tahun. Penyakit-penyakit tropikal terabai (NTD) ialah kumpulan 20 jangkitan tropika yang disebabkan oleh pelbagai patogen termasuk virus, bakteria, parasit, kulat dan toksin. Penyakit Denggi, Chikungunya, Kusta (Leprosy) dan leptospirosis adalah antara penyakit tropikal yang dilaporkan di Malaysia. Bersama-sama memainkan tanggungjawab dan memberi komitmen dalam membanteras penyakit yang boleh dicegah ini. #WorldNTDDay
Hashtags
Diterbitkan 31 Jan
Bagi tahun 2023 dan seterusnya, pemantauan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan akan diteruskan melalui kaedah pelaporan Home Assessment Tool (HAT) melalui aplikasi MySejahtera. Sijil digital Home Surveillance Order (HSO) dan Release Order (RO) adalah SAH DAN TERPAKAI di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Majikan adalah diseru untuk menerima sijil berkenaan sebagai perakuan sah pesakit COVID-19 tidak bergejala dan bergejala. ⚠️ Pekerja perlu melaporkan status COVID-19 dengan jujur dan boleh melaporkan aduan sekiranya berlaku kes majikan enggan menerima sijil digital HSO dan RO di [email protected] untuk tindakan lanjut. 📌 Pemantauan pesakit COVID-19 secara maya diteruskan oleh pasukan petugas di CAC dan Fever Centre Klinik Kesihatan. 📌 Manakala, CPRC di peringkat Negeri akan terus bertanggungjawab untuk memantau situasi COVID-19 di negeri masing-masing.
Diterbitkan 31 Jan
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Sambutan Hari Penyakit Tropika Terabai Dunia 2023
Diterbitkan 27 Jan
Waspada Banjir. Bahaya bermain dengan air banjir ! Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air. Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Hashtags
Diterbitkan 26 Jan
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 21 Januari 2023, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi bagi pelanjutan tempoh jangka hayat vaksin COVID-19 Comirnaty, CoronaVac dan Convidecia. Maklumat senarai nombor kelompok yang terlibat dalam pelanjutan jangka hayat boleh diperolehi melalui laman sesawang NPRA, www.npra.gov.my. Pendaftaran bersyarat telah diberikan kepada produk vaksin berdaftar ini, dan pengilang telah dibenarkan untuk mengemukakan data ujian stabiliti dari semasa ke semasa (rolling submission). Oleh itu, tempoh jangka hayat produk vaksin COVID-19 akan berubah (dilanjutkan) sekiranya data yang dinilai didapati memenuhi keperluan regulatori. Tarikh luput pada label vaksin mungkin menunjukkan bahawa produk sudah luput tetapi pengguna boleh menyemak tarikh luput yang sebenar (selepas pelanjutan) melalui laman sesawang NPRA (https://npra.gov.my/.../info.../vaccine-covid-19-update.html) KKM sentiasa komited untuk memastikan semua produk farmaseutikal termasuk vaksin COVID-19 yang dibekalkan di Malaysia telah dinilai dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Diterbitkan 26 Jan