TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini830,000Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 83 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 30 Nov

Anda sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga? Gunakan ciri Pengesan Penyakit Berjangkit di MySejahtera sebelum ke destinasi anda. Kekal selamat! Are you planning a vacation with your family? Use Infectious Disease Tracker feature on MySejahtera before going to your destination. Stay safe! #MySejahtera2.0 #AplikasiKesihatanAwam Sumber: MySejahtera

57,000 views

Diterbitkan 30 Nov

Dapatkan dos penggalak COVID-19 terkini. Virus COVID-19 mudah merebak serta cepat dan sering bermutasi. Pastikan anda dilindungi daripada gejala teruk jangkitan COVID-19. #ANMS#KekalSihat#COVID19#LindungDiriLindungSemua#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

78,900 views

Diterbitkan 23 Nov

Dikongsikan status terkini kes COVID-19 dan status penggunaan fasiliti kesihatan di Malaysia bagi ME 46/2022 (13-19 November 2022) berbanding ME 45/2022 (6-12 November 2022). KKM menyarankan agar rakyat Malaysia terus mengamalkan TRIIS, pemakaian pelitup muka dan amalan mencuci tangan dengan betul atau mensanitasi tangan terutama bagi golongan yang berisiko tinggi sebagai usaha menyekat penularan jangkitan COVID-19. 😷Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mengamalkan kawalan kesihatan kendiri.

125,000 views

Diterbitkan 18 Nov

Makcik Kiah dan Tok Ayah dah pergi mengundi. Ikut semua langkah yang telah ditetapkan. Selepas mengundi, terus balik ya! Elakkan daripada berkumpul kerana COVID-19 masih ada di sekeliling kita. #ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungdiridanpengundiPRU #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

141,000 views

Diterbitkan 18 Nov

Are you going to vote? If YES, you SHALL always wear a face mask. You are also required to always maintain physical distancing and make sure your hands are cleaned using hand sanitizer. You are prohibited from using public vehicles including e-hailing. Please check your polling place and channel through "MySPR Semak". You are encouraged to vote within the last two hours of the voting operating time of your respective polling station. Happy voting. [For individuals who are going to vote, please fill in the information on the Special Health Form]

100,000 views

Diterbitkan 18 Nov

Berikut merupakan carta alir bagi pengundi kes positif COVID-19 di pusat mengundi. Selepas mengundi, terus pulang ke rumah untuk meneruskan perintah pengasingan (HSO). #ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungdiridanpengundiPRU #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

45,800 views

Diterbitkan 18 Nov

Adakah anda akan keluar mengundi? Jika YA, anda WAJIB sentiasa memakai pelitup muka. Anda juga perlu sentiasa menjaga jarak fizikal dan pastikan tangan dibersihkan menggunakan pensanitasi tangan. Anda dilarang menggunakan kenderaan awam termasuk e-hailing. Sila semak tempat dan saluran mengundi anda di “MySPR Semak”. Anda digalakkan keluar mengundi 2 jam sebelum tamat waktu operasi pusat mengundi anda. Selamat mengundi. [Bagi individu yg akan keluar mengundi, sila isikan maklumat di Borang Khas Kesihatan]

39,700 views

Diterbitkan 18 Nov

Anda lupa kata laluan aplikasi MySejahtera anda? Bagaimanakah langkah untuk set semula kata laluan baru? Sila rujuk infografik ini. #AplikasiKesihatanAwam #MySejahtera2.0 Sumber: MySejahtera

29,700 views

Diterbitkan 18 Nov

Senarai semak kes positif COVID-19 keluar mengundi 1️⃣ Kemaskini status kesihatan dalam aplikasi MySejahtera 2️⃣ Semak tempat mengundi dan saluran mengundi 3️⃣ Pakai pelitup muka 4️⃣ Bawa pensanitasi tangan 5️⃣ Digalakkan bawa pen sendiri 6️⃣ Naik kenderaan sendiri dan tidak membawa penumpang lain 7️⃣ Sekiranya menaiki kenderaan dengan pemandu, jangan berkongsi kenderaan dengan orang lain, buka tingkap kenderaan, duduk di tempat duduk belakang dan pastikan pemandu juga memakai pelitup muka. #ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungdiridanpengundiPRU #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

38,900 views

Diterbitkan 18 Nov

Pengiring / penjaga yang membawa warga emas / orang kurang upaya untuk mengundi perlu sentiasa memakai pelitup muka semasa mengiringi mereka mengundi. #ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungdiridanpengundiPRU #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

49,800 views

Diterbitkan 17 Nov

Pasukan kesihatan akan ditempatkan di Pusat Pembuangan Undi bagi membantu menyelaras urusan pembuangan undi pengundi positif COVID-19. Kerjasama semua di pusat mengundi amat kami harapkan agar urusan penyelarasan ini berjalan lancar, selamat dan teratur. Dikongsikan Carta Alir Pengundi Positif COVID-19 di pusat mengundi. Sekali lagi dingatkan agar pengundi Positif COVID-19 mengemaskini status kesihatan dalam Aplikasi MySejahtera sebelum ke Pusat Mengundi. Kita jaga kita. Selamat Mengundi! #PRU15KitaJagaKita

66,300 views

Diterbitkan 16 Nov

Berikut merupakan imunisasi yang diberikan kepada anak-anak anda mengikut umur. Pastikan anda menepati jadual imunisasi ini bagi memastikan anak-anak anda mendapat perlindungan daripada penyakit yang boleh dicegah. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

57,900 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••8081828384
SebelumHalaman 83 daripada 84Seterusnya