TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini484,199Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 40 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 17 Mei

Sejak 1 Januari 2023 sehingga 15 Mei 2023, sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia telah dilaporkan di Sarawak. Sejumlah 31 buah fasiliti KKM di seluruh Negeri Sarawak menyediakan perkhidmatan rawatan gigitan haiwan termasuk pemberian vaksin anti-rabies. Manakala sembilan (9) buah hospital memberikan perkhidmatan suntikan Rabies Immunoglobulin (RIG) kepada kes-kes berisiko tinggi. KKM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak dalam usaha mencapai status Sarawak dan Malaysia bebas rabies menjelang 2030. Justeru, semua penduduk Malaysia diminta agar sentiasa mematuhi semua nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh KKM, pihak berkuasa dan agensi berkaitan.

53,200 views

Diterbitkan 17 Mei

𝗛𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 merupakan penyakit kronik yang boleh mengakibatkan komplikasi seterusnya kematian pra matang jika tidak dicegah dan dirawat. Hampir 50% dari penghidap hipertensi di kalangan dewasa di Malaysia tidak menyedari mereka mengalaminya (NHMS 2019) oleh itu lewat mendapatkan rawatan. Kebanyakan kes hipertensi tidak menunjukkan simptom awal. Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk melakukan pemeriksaan awal untuk mengetahui status tekanan darah. 𝑱𝒐𝒎 𝒔𝒂𝒓𝒊𝒏𝒈 !

38,000 views

Diterbitkan 17 Mei

🫀🫀Hari Hipertensi Sedunia pada tahun ini disambut pada 17 Mei 2023. Di Malaysia, ianya akan dilancarkan pada 25 Mei dengan tema Awasi Tekanan Darah, Kawal Pengambilan Garam : Cegah Hipertensi, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi) di kalangan masyarakat Malaysia. Laporan NHMS 2019 menunjukkan 3 daripada 10 atau 6.4 juta orang dewasa di Malaysia menghidap darah tinggi atau hipertensi. Hipertensi ialah antara penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dianggap pembunuh senyap kerana kebiasaannya tidak menunjukkan gejala di peringkat awal penyakit. Jom saring!

31,900 views

Diterbitkan 17 Mei

Pesanan buat semua pekerja yang mencari rezeki di luar, terus jaga diri. ➡️ Sentiasa minum air kosong secukupnya ➡️ Kurangkan aktiviti di luar ➡️ Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah ➡️ Pakai cermin mata gelap dengan anti-uv ➡️ Pakai topi ketika bekerja di bawah panas matahari ➡️ Kerap cuci tangan, muka dan mandi Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

30,000 views

Diterbitkan 17 Mei

Kini anda tidak perlu lagi walk in dan menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Pergigian. Tempah janji temu di fasiliti kesihatan berhampiran anda melalui aplikasi MySejahtera! Sumber: MySejahtera

32,299 views

Diterbitkan 17 Mei

Cegah HFMD. Pesakit boleh menyebarkan virus dalam tempoh seminggu selepas mengalami gejala dan tanda-tanda penyakit HFMD. Elakkan membawa anak ke tempat sesak dan berisiko tinggi. #ANMS#KekalSihat#hfmd#sihatmiliķku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

38,300 views

Diterbitkan 17 Mei

☀️☀️Gelombang haba merupakan situasi di mana suhu harian maksimum melebihi 37 darjah Celsius selama 3 hari berturut-turut. Apabila berada di luar rumah, seseorang berpotensi terdedah kepada pancaran matahari secara terus. ⛱️Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk menghadkan pendedahan terhadap cuaca panas dengan memakai topi/payung agar dapat mengurangkan pancaran terus cahaya matahari ke badan.👒👒☂️☂️

44,000 views

Diterbitkan 17 Mei

Denggi yang Dengki Sazali panik apabila mendapat tahu beberapa orang jirannya telah dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Kemudian muncul seorang lelaki bernama Wahid yang mengambil kesempatan dengan menjual pelbagai gajet yang kononnya boleh menghapuskan nyamuk Aedes. Betul ke gajet-gajet tersebut berjaya menghapuskan nyamuk Aedes? Nantikan dalam episod Denggi yang Dengki, malam ini (17 Mei 2023) pada pukul 10.30 malam di TV1. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

47,000 views

Diterbitkan 17 Mei

Impak Cuaca Ekstrem Terhadap Kesihatan Mental Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Irna Hasymirayasmin binti Mohd Yusof, Pegawai Perubatan dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, KKM. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku

42,100 views

Diterbitkan 16 Mei

Aedes semakin mengganas. Kes terus meningkat. Kematian semakin ramai. Ayuh semua kita gempur Aedes habis-habisan sebelum ahli keluarga kita menjadi mangsa Aedes. #TiadaAedesTiadaDenggi #CariDanMusnah Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama #10minitseminggu

52,400 views

Diterbitkan 16 Mei

Tip Semasa Cuaca Panas ☂️ Gunakan payung atau topi 🧢 🥤 Sentiasa minum air kosong secukupnya 😎 Pakai cermin mata gelap dengan anti-UV 👕 Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah Kekal sihat dan hidrat sepanjang masa #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

42,100 views

Diterbitkan 16 Mei

☀️☀️Sejak kebelakangan ini, beberapa kawasan di negara ini telah mengalami fenomena cuaca panas yang telah menyumbang kepada peningkatan suhu persekitaran. Berada di luar bangunan mendedahkan seseorang kepada cuaca panas secara langsung. Cuaca yang terlampau panas boleh menyebabkan kehilangan cecair tubuh dan mengakibatkan individu tersebut mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta berisiko mendapat dehidrasi dan strok haba. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengoptimakan proses nyah haba dari badan dengan berada di persekitaran yang lebih sejuk. ⛱⛱

32,900 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••3839404142•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 40 daripada 84Seterusnya