TGINSIGHT CHAT
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Health and FitnessCrisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Siaran terkini
Halaman 25 daripada 84 · 1,001 siaran
Diterbitkan 27 Dis
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid029Z6GGpkTLRYQQvNyCVRbYNQWaYeR6ZDkkBYUStHGti3LrSpeUuaBt3E6NTVzaFbJl&id=100069384481882&mibextid=Nif5oz
Diterbitkan 26 Dis
Amalan pemakaian pelitup muka masih perlu diteruskan oleh setiap individu dalam fasa peralihan ke endemik. Ini adalah bagi memberi perlindungan kepada golongan berisiko tinggi 😷 Pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung dan mulut sepenuhnya. Namun masih terdapat dalam kalangan kita yang memakai pelitup muka dengan cara yang salah. Oleh itu, KKM ingin menyeru orang ramai supaya tidak leka dan terus memakai pelitup muka dengan betul kerana virus SARS-CoV-2 ini mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan. Saling menegur secara berhemah sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka apabila bergejala atau memakainya dengan tidak betul. Lakukan amalan solidariti ini bagi kebaikan bersama.
Diterbitkan 22 Dis
Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun. Dikongsikan 7️⃣ langkah mencuci tangan dengan betul. Biasakan yang betul, tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. ✔️ Amalkan membasuh tangan dengan betul. Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit termasuk penyakit Influenza, HFMD dan COVID-19.
Diterbitkan 21 Dis
Kanser paru-paru adalah yang kedua tertinggi di Malaysia dan dalam kalangan lelaki. Segera berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan sekiranya mengalami. Pengesanan awal ini mampu mengurangkan keterukan penyakit dan kematian akibat kanser.
Diterbitkan 21 Dis
Diterbitkan 21 Dis
Diterbitkan 20 Dis
Topik: Cara Untuk Menempah Slot Dos Penggalak Vaksinasi COVID-19 melalui Aplikasi MySejahtera Tarikh: 20 Disember 2023 Twitter: https://x.com/my_sejahtera/status/1737362650521379119?s=20 Facebook: https://www.facebook.com/share/p/3cVMMEv8E5tqmZLZ/?mibextid=WC7FNe Instagram: https://www.instagram.com/p/C1EKd1BpYv9/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Diterbitkan 20 Dis
Sudahkan anda mengambil dos penggalak vaksin COVID19? Tempah slot janji temu vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan berdekatan dengan anda untuk memastikan perlindungan terbaik melawan COVID-19. Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk mendapatkan notifikasi dari MySejahtera ________ Have you taken the COVID-19 vaccine booster dose? Book your slot for the COVID-19 vaccine at your nearest Klinik Kesihatan for better protection against COVID-19. Please follow the steps below to turn on notifications from MySejahtera #MySejahtera#AplikasiKesihatanAwam#BersamahentikanwabakCOVID19#perangiCOVID19
Diterbitkan 20 Dis
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan Sistem Amaran Awal (Heightened Alert System, HAS) bagi tujuan pengukuhan kesiapsiagaan menghadapi situasi COVID-19 dalam negara. Tiga indikator digunakan iaitu Transmisi COVID-19, Pengendalian Kes dan Kapasiti Hospital untuk Respon. Indikator pertama melihat kepada bilangan kes bagi setiap 100,000 penduduk. Indikator kedua menilai tahap keterukan kes iaitu kadar kematian kes. Manakala indikator ketiga dikira daripada kadar kemasukan ke hospital bagi setiap 100,000 penduduk. Dengan HAS ini, KKM dapat membuat perancangan sumber-sumber yang diperlukan, mengikut tahap amaran tinggi, sederhana dan rendah.
Diterbitkan 19 Dis
Diterbitkan 19 Dis
Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala. Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak, dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10. Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.
Diterbitkan 18 Dis
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0KGPm2atwE1AyBHPugwneTJG7cykn2Js4gV8K2iT31e1kx8a7k6nKSp1JkErnRew1l&id=100063891752823&mibextid=Nif5oz