TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini567,800Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 60 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 9 Mac

Kes semakin meningkat, kematian juga semakin ramai. Aedes semakin berleluasa dan mengganas. Apa tindakan kita? Jom cuti minggu ni kita banteras Aedes habis-habisan.... #TiadaAedesTiadaDenggi #CariDanMusnah #10minitseminggu Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

94,600 views

Diterbitkan 9 Mac

Cegah Penyakit Kulit Bawaan Air Banjir Pendedahan kepada air banjir yang tercemar boleh menyebabkan penyakit kulit. Elak daripada terdedah dengan air banjir jika mempunyai luka. Dapatkan rawatan segera jika terdapat bendasing pada luka, gigitan binatang atau luka membengkak, kemerahan, bertambah sakit atau mengalami demam. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

69,500 views

Diterbitkan 8 Mac

“Tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia” Hari Wanita disambut setiap tahun di Malaysia sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa wanita. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita 2023 terutama kepada para petugas wanita di KKM. Selamat Hari Wanita Sedunia ‘Kasih Wanita’ Sayang Sepanjang Hayat ❤️

57,700 views

Diterbitkan 8 Mac

Kesesakan di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan ➡️ Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin ➡️ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul ➡️ Jaga kebersihan diri dan persekitaran ➡️ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan ➡️ Gunakan tisu untuk membuang kahak ➡️ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala ➡️ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

42,500 views

Diterbitkan 8 Mac

Kengkawan, ingat yer tiada ubat khusus dalam merawat demam denggi ni. Jadi, kita kena lindungi diri sendiri dan ahli keluarga kita daripada gigitan nyamuk Aedes. Jadi, jom lah kita hapuskan tempat-tempat berpotensi menjadi pembiakan Aedes. Mudah jer cuma 10 minit seminggu. Cuti sekolah ni ajaklah anak-anak untuk sama-sama bersihkan persekitaran rumah di dalam dan di luar rumah. Didik anak-anak bahaya demam denggi sejak mereka masih kecil. #TiadaAedesTiadaDenggi #CariDanMusnah #10minitseminggu Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

26,500 views

Diterbitkan 8 Mac

🛟Pada November 2022, Monsun Timur Laut (MLT) yang membawa hujan lebat telah melanda negara serta dijangka tamat pada Mac 2023. Situasi ini melibatkan seluruh negara terutamanya negari-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan utara Sabah. ❗Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu berganding bahu dan bertindak proaktif dalam usaha membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi. ‼️Antara langkah lain yang boleh diambil adalah: 🦟Penggunaan repelan nyamuk bagi mengelakkan gigitan nyamuk sewaktu aktiviti di luar premis.

24,700 views

Diterbitkan 8 Mac

❌ ELAKKAN PENCEMARAN SILANG PADA MAKANAN ANDA. KERACUNAN MAKANAN DAPAT DIELAKKAN JIKA CARA MENGENDALIKAN MAKANAN DIAMALKAN DENGAN BETUL✅ Sumber: BKKM, KKM

24,800 views

Diterbitkan 8 Mac

Cegah Leptospirosis semasa banjir. Seseorang individu boleh dijangkiti leptospirosis dengan cara kontak langsung dengan air tercemar atau mengambil makanan dan minuman tercemar. Antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah seperti jangan main air atau lopak air semasa dan selepas banjir, uruskan sampah dan bersihkan persekitaran rumah untuk mengelak daripada menjadi tempat pembiakan tikus dan pakai peralatan perlindungan diri semasa melakukan kerja-kerja pembersihan. Segera dapatkan rawatan jika anda mempunyai simptom Leptospirosis. Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

26,800 views

Diterbitkan 8 Mac

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Mac 2023 (ME 9/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: - Kumulatif kes baharu: 5,043,626; - Kumulatif kes sembuh: 4,997,806 kes; - Purata kes aktif : 8,851 kes; - Kumulatif kes kematian: 36,965 kes; dan - Kumulatif kluster: 7,172 kluster (kluster aktif: 2 kluster). Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 8/2023 dan ME 9/2023: - Bilangan kes baharu meningkat sebanyak 5.2 peratus (1,367 kes kepada 1,438 kes); - Bilangan kes sembuh menurun sebanyak8.8 peratus (1,497 kes kepada 1,365 kes); dan - Bilangan kes kematian meningkat sebanyak 300.0 peratus (2 kes kepada 8 kes). Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/03/08/kenyataan-media-kpk-7-mac-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-ke-9-tahun-2023-26-februari-4-mac-2023/

43,700 views

Diterbitkan 8 Mac

Denggi membunuh! Layari idengue.mysa.gov.my untuk maklumat kes denggi terkini dan kawasan wabak aktif denggi. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

47,600 views

Diterbitkan 6 Mac

Panduan Penjagaan Semasa Banjir 👉 Makan makanan yang telah dimasak 👉 Basuh tangan sebelum dan selepas ke tandas 👉 Buang sampah di tempat yang disediakan 👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol 👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

61,100 views

Diterbitkan 6 Mac

Amalkan 10 langkah pencegahan‼️ 💪 Tindakan anda dapat membantu mengelakkan diri dan keluarga tersayang daripada penyakit seperti demam kepialu (Tifoid), Taun (Kolera), Hepatitis A, disenteri dan keracunan makanan.

48,300 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••5859606162•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 60 daripada 84Seterusnya