TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini285,300Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 75 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 29 Dis

Ingin jadualkan semula slot janji temu yang anda tempah sebelum ini? Jangan risau, anda boleh jadualkan semula atau batal slot tersebut pada bila-bila masa sahaja, di aplikasi MySejahtera Untuk sebarang pertanyaan, sila layari mysejahtera.moh.gov.my untuk FAQ berkenaan Janji Temu. #MySejahtera #AplikasiKesihatanAwam Sumber: MySejahtera

18,100 views

Diterbitkan 29 Dis

19,300 views

Diterbitkan 29 Dis

Anda diingatkan untuk sentiasa peka dengan keadaan cuaca di sekitar anda. Pastikan anda serta ahli keluarga berada dalam kesiapsiagaan serta menjaga kesihatan di sepanjang musim banjir. Layari media sosial MyHealthKKM atau https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk mendapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

26,700 views

Diterbitkan 29 Dis

Rakyat Malaysia tidak lagi perlu beratur panjang di fasiliti kesihatan untuk membuat janji temu kesihatan. Anda kini boleh menempah janji temu dengan menggunakan aplikasi MySejahtera. Berikut merupakan 8 perkhidmatan kesihatan yang anda boleh tempah di MySejahtera. Mudah kan? #mysejahtera #AplikasiKesihatanAwam Sumber: MySejahtera

36,200 views

Diterbitkan 28 Dis

KKM sentiasa komited dalam usaha ke arah pendigitalan sistem kesihatan agar sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021 – 2025 KKM di bawah Teras Strategik 2 iaitu Pemantapan Teknologi Baharu. Sistem janji temu melalui Aplikasi MySejahtera yang sedia ada di semua fasiliti kesihatan primer akan diperluaskan kepada perkhidmatan kesihatan primer sebagai langkah mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan dan akses klien di fasiliti kesihatan primer. Perkhidmatan yang akan dimasukkan dalam sistem janji temu adalah seperti dikongsikan. Soalan lazim berkenaan sistem janji temu ini boleh didapati di laman sesawang https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim

44,600 views

Diterbitkan 28 Dis

Kenyataan Media Menteri Kesihatan Sistem Janji Temu Di Fasiliti Kesihatan Primer Kementerian Kesihatan Malaysia

28,000 views

Diterbitkan 28 Dis

Cara pencegahan lipas, lalat dan tikus semasa musim banjir 👉 Tutup tong sampah 👉 Tutup makanan dengan sempurna 👉 Lap dan bersihkan meja selepas makan 👉 Pasang jaring atau perangkap yang sesuai 👉 Jangan buang sisa makanan merata-rata 👉 Kenal pasti kawasan hurungan 👉 Lupus bangkai haiwan dengan menanam bangkai sedalam 4 kaki atau lebih #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

21,100 views

Diterbitkan 28 Dis

Awas! Ancaman Penyakit Musim Hujan Saksikan dalam rancangan Bicara DR esok di TV1. Tarikh : 28 Disember 2022 Masa : 9.00 malam Panel : Dr. Misliza Ahmad Pakar Perubatan Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Siaran ulangan boleh disaksikan pada hari Jumaat, 23 September 2022 pada pukul 3.30 petang. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

17,100 views

Diterbitkan 28 Dis

Kesesakan di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan ➡️ Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin ➡️ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul ➡️ Jaga kebersihan diri dan persekitaran ➡️ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan ➡️ Gunakan tisu untuk membuang kahak ➡️ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala ➡️ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

16,300 views

Diterbitkan 28 Dis

- mengenal pasti dan menyelaras pesakit yang perlu dirujuk ke hospital; dan - menjalankan penilaian dan pelepasan (release order) kepada kes positif yang telah tamat tempoh pengasingan – bagi individu yang tidak menerima digital HSO. 4. Memperkenalkan penggunaan ubat antiviral Paxlovid® (nirmatrelvir/ritonavir) ke dalam COVID-19 Clinical Care Pathway sejak 15 April 2022 dalam kalangan pesakit yang menerima rawatan di Klinik Kesihatan, CAC dan hospital KKM. Ubat ini merupakan ubat antiviral oral pertama di Malaysia untuk merawat pesakit COVID-19 yang mengalami gejala ringan hingga sederhana, atau pun kategori 2 dan kategori 3. Keutamaan pemberian rawatan Paxlovid® (nirmatrelvir/ritonavir) adalah kepada kumpulan pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi. Seterusnya, bagi memastikan akses yang lebih baik kepada pesakit, rawatan ini telah juga diperluaskan ke fasiliti kesihatan swasta dikenal pasti bermula 20 Jun 2022. Pemberian ubat ini kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah secara percuma. Namun, pesakit masih tertakluk kepada caj khidmat rundingan dan lain-lain caj berkaitan yang ditentukan oleh fasiliti kesihatan swasta tersebut. 5. Memantau rapi penularan jangkitan COVID-19 dalam masyarakat melalui pelaksanaan aktiviti survelan melibatkan lokasi sentinel influenza-like illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) di seluruh negara. Ia turut disokong dengan aktiviti penjujukan genom menyeluruh (whole genome sequencing, WGS) bagi mengesan varian baharu serta aktiviti survelan persekitaran melalui persampelan air kumbahan dari lokasi persampelan yang dikenal pasti di seluruh negara. 6. Menggerakkan inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sejak awal tahun 2022 di semua peringkat. Inisiatif ini antara lain bertujuan untuk memperkasa kawalan kendiri kesihatanmerangkumi pemerkasaan individu dalam mengambil tindakan pencegahan penyakit, menilai status kesihatan diri, memastikan kepatuhan rawatan dan mengamalkan norma baharu iaitu penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan pemakaian pelitup muka. ANMS turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan komuniti dalam membudaya hidup sihat. MyCHAMPION atau Malaysian Health Community Agent merupakan satu platform kolaborasi merentasi pelbagai kementerian, organisasi sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai rakan strategik untuk memainkan peranan membantu KKM dalam inisiatif dan aktiviti promosi kesihatan di peringkat komuniti serta sebagai penggerak dan penyokong (advocator). Keperluan penyelarasan sukarelawan dan agen kesihatan amat penting bagi membolehkan inisiatif ini dilaksanakan secara bersepadu dan terancang. KKM menasihatkan masyarakat agar mengamalkan gaya hidup yang sihat dan selamat bagi menghindarkan diri dari bahaya jangkitan COVID-19 dan penyakit berjangkit yang lain. Disarankan agar sentiasa mengamalkan TRIIS. Bagi mereka yang berisiko tinggi termasuk individu yang mempunyai komorbid amat digalakkan memakai pelitup muka terutama di kawasan atau tempat yang sesak, seperti perhimpunan ramai. Mereka yang bergejala juga digalakkan memakai pelitup muka dan menjalankan ujian COVID-19 kendiri. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 27 Disember 2022 @ 10:00 pagi https://kpkesihatan.com/2022/12/27/kenyataan-media-kpk-27-disember-2022-pemantauan-rapi-perkembangan-kejadian-jangkitan-covid-19-oleh-kkm-bagi-memastikan-langkah-pencegahan-dan-kawalan-yang-sewajarnya-dilaksanakan-secara-berkesan/

17,800 views

Diterbitkan 28 Dis

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai situasi semasa perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa, khususnya melalui sidang media terkini oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 21 Disember 2022. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus tidak menafikan bahawa pada awal tahun 2022, gelombang yang terjadi akibat varian Omicron telah menyebabkan berlakunya peningkatan kes dan kematian yang mendadak. Namun berdasarkan data COVID-19 semasa yang dilaporkan kepada WHO, mendapati secara keseluruhannya tren kejadian pandemik ini telah berada dalam keadaan yang terkawal di kebanyakan negara seluruh dunia. Mereka juga yakin bahawa kini situasi tersebut adalah lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sungguhpun begitu, dalam sidang media yang sama, pihak WHO juga turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap perkembangan semasa yang dilaporkan berlaku di negara China, yang melibatkan peningkatan mendadak kes COVID-19. Golongan pakar dan penyelidik di peringkat antarabangsa menjangkakan situasi ini akan berlaku susulan keputusan pihak berkuasa negara China sekitar awal Disember 2022 lalu untuk melaksanakan kelonggaran terhadap polisi pengurusan pandemik COVID-19 mereka yang ketat. Malaysia telah diumumkan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula pada 1 April 2022 semasa negara masih lagi diwartakan sebagai kawasan tempatan jangkitan. Sempadan negara telah dibuka kepada pelancong dari luar negara serta aktiviti industri pelancongan dan sektor ekonomi lain telah dipertingkatkan. Justeru, dengan mengambilkira negara Malaysia mempunyai risiko kemasukan kes-kes COVID-19 dari luar negara, KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19 seperti yang pernah dialami semasa variant Delta melanda seluruh dunia termasuk negara Malaysia. Di antara langkah-langkah yang dilaksanakan adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan, jangkitan serius serta kematian. KKM menggesa agar semua individu yang layak, tampil untuk mendapatkan vaksin dos penggalak supaya populasi Malaysia mendapat perlindungan yang optimum terhadap penyakit COVID-19. 2. Mengukuhkan pengurusan COVID-19 melalui pendigitalan pengurusan kesihatan. Perkara ini dilaksanakan dengan menambah baik pengurusan COVID-19 melalui pendekatan FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate and Support) yang diautomasikan. Melalui pendekatan ini, individu yang menjalani ujian pengesanan COVID-19 kendiri boleh melaporkan keputusan ujian mereka ke dalam aplikasi MySejahtera – selain melakukan ujian tersebut di fasiliti kesihatan. Keputusan ujian akan segera dikemaskini dalam MySejahtera pengguna. Kes positif akan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order; HSO) dan juga Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Release Order; RO) secara digital dan tidak perlu hadir secara fizikal di Pejabat Kesihatan Daerah mahupun COVID-19 Assessment Centre (CAC), melainkan jika perlu menjalani pemeriksaan lanjut setelah mengisi Home Assessment Tool (HAT) di dalam aplikasi MySejahtera. 3. Memastikan semua CAC yang beroperasi secara fizikal (iaitu di Klinik Kesihatan dan di komuniti) mahupun secara maya bersedia untuk menerima kedatangan/ panggilan pesakit yang tinggi untuk membuat penilaian terhadap pesakit yang disahkan positif jangkitan COVID-19. Fungsi CAC meliputi perkara-perkara berikut iaitu: - mengenal pasti pesakit yang memenuhi kriteria untuk dipantau di rumah; - menilai dan memantau perkembangan pesakit sepanjang tempoh pengasingan; - memulakan rawatan Paxlovid® (nirmatrelvir/ritonavir) kepada kumpulan pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi dan memenuhi kriteria yang ditetapkan;

20,900 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••7374757677•••80•••8384
SebelumHalaman 75 daripada 84Seterusnya