TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini747,900Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 81 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 7 Dis

Ikuti temubual bersama YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan dalam sebuah Program terbaharu terbitan Bernama Radio. "BERSAMA PEMIMPIN" 8 Disember 2022 | 2:30 petang Siaran Lansung, Bernama Radio Dalam temubual tersebut juga akan mengupas lanjut mengenai visi dan misi pemimpin dalam mentadbir urus kerajaan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran Malaysia tercinta. Jom dengarkan!

59,300 views

Diterbitkan 7 Dis

Pengurusan Pesakit COVID-19 : Penggunaan Paxlovid Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1 Tarikh : 8 Disember 2022 (Khamis) Masa : 9.00 pagi Panel : Dr. Noor Mikraz Mohamad Isa Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Seremban 2 #ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

57,000 views

Diterbitkan 6 Dis

63,000 views

Diterbitkan 6 Dis

58,400 views

Diterbitkan 6 Dis

Pada 28 November 2022 – 1 Disember 2022 yang lalu, satu Bengkel Infodemic Management Training yang dianjurkan oleh Pejabat Perwakilan World Health Organization (WHO) ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Pulse Grande Putrajaya. Bengkel ini melibatkan seramai 48 orang peserta dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan beberapa kementerian dari Brunei Darussalam. Antara objektif bengkel ini adalah pembangunan kemahiran dan kapasiti pengurusan Infodemik untuk menyokong kerja komunikasi risiko dan libat urus komuniti (Risk Communication and Community Engagement) serta pengukuhan rangkaian hubungan antara negara. Bengkel ini melbatkan fasilitator dari Pejabat Perwakilan WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Pejabat Wilayah Pasifik Barat WHO dan Ibu Pejabat WHO. Pengurusan infodemik merupakan komponen penting dalam usaha WHO untuk membina keupayaan dan memperkasakan negara-negara anggota di Rantau Pasifik Barat. Pengwujudan sistem pengurusan infodemik yang berkesan dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap kejadian kecemasan kesihatan awam selain dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan program-program kesihatan awam bukan kecemasan yang lain.

48,000 views

Diterbitkan 6 Dis

Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) Di Malaysia Minggu Epidemiologi 48 Tahun 2022 (27 November – 3 Disember 2022) https://kpkesihatan.com/2022/12/06/kenyataan-media-kpk-6-disember-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-48-27-november-3-disember-2022/

53,600 views

Diterbitkan 6 Dis

Anda belum mendapatkan dos penggalak COVID-19? Tempah janji temu anda sekarang di MySejahtera! _______ Still haven’t gotten your COVID-19 booster? Book your appointment now at MySejahtera! #AplikasiKesihatanAwam #MySejahtera #DosPenggalak Sumber: MySejahtera

63,300 views

Diterbitkan 5 Dis

YB Menteri Kesihatan memulakan tugas di Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia. Tahniah dan selamat datang YB Dr. Zaliha binti Mustafa.

69,700 views

Diterbitkan 4 Dis

Kebanyakan pesakit yang mengambil Paxlovid tidak menunjukkan kesan sampingan namun sekiranya anda mengalami kesan sampingan seperti rasa sakit pada otot, perubahan deria rasa dan cirit-birit, sila dapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran. #ANMS#KekalSihat#COVID19#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

72,200 views

Diterbitkan 3 Dis

Jika terlupa ambil dos Paxlovid, ambil dos yang tertinggal sebaik sahaja teringat. Sekiranya telah terlupa melebihi 8 jam, abaikon dos yang tertinggal dan ambil dos seterusnya seperti biasa. Jangan gandakan dos untuk menggantikan dos yang tertinggal. #ANMS#KekalSihat#COVID19#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

70,800 views

Diterbitkan 3 Dis

Setinggi- tinggi ucapan tahniah kepada YB Dr. Zaliha Mustafa, atas perlantikan sebagai Menteri Kesihatan. 📌Semoga dengan kepimpinan beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memacu kecemerlangan Dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

65,800 views

Diterbitkan 2 Dis

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa KKM tidak pernah dan tidak boleh memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat Diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa oleh portal “https://hillersadgfflooringamerica.com/l/pre/insinol/my/babochka_v1_affscale/?fbpixel=2659593780718090&group=RR184_SamuelNGN_MY&aff_click_id=1lmaqn96388ab035a433” baru-baru ini. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan gambar yang digunakan merupakan gambar-gambar yang telah diubahsuai daripada laman sesawang portal http://www.myhealth.gov.my bagi tujuan mengelirukan orang awam. KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan dan portal yang tidak diketahui kesahihannya. #TidakPastiJanganKongsi

66,800 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••798081828384
SebelumHalaman 81 daripada 84Seterusnya