TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini1,624,000Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 12 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 13 Sep

KAJIAN KECENDERUNGAN TARIKAN MESEJ SARINGAN KANSER PAYUDARA, INSTITUT PENYELIDIKAN KLINIKAL, KKM Institut Penyelidikan Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan Kajian Kecenderungan Tarikan Mesej Saringan Kanser Payudara : Kajian Rentas Masa Di Malaysia. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada pengguna media sosial mengenai mesej bagaimanakah yang lebih menarik dan mudah difahami oleh wanita bagi menggalakkan mereka menjalani saringan pemeriksaan kanser payudara. Klik link ini untuk menjawab survey : https://redcap.crc.gov.my/surveys/?s=MMRDWCEXF7TREAPT Kerjasama tuan/puan untuk meluangkan masa menjawab kajian ini amatlah dihargai. Terima kasih.

144,000 views

Diterbitkan 12 Sep

Mpox (yang dahulunya dikenali sebagai monkeypox) ialah penyakit yang disebabkan oleh virus monkeypox (MPXV) daripada famili Poxviridae. Pada masa ini, lazimnya jangkitan berlaku daripada manusia kepada manusia melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox. Terdapat dua (2) jenis clade virus monkeypox (MPXV) yang diketahui boleh menyebabkan mpox iaitu clade I dan clade II. #KKMSihat #KKMPrihatin #MalaysiaMADANI

100,000 views

Diterbitkan 2 Sep

KENYATAAN MEDIA PRESS RELEASE KELULUSAN KIT UJIAN MONKEY POX YANG BERADA DALAM PASARAN MALAYSIA Layari media sosial MDA untuk melihat kenyataan penuh. Instagram MDA : https://shorturl.at/ybJIV Facebook MDA : https://shorturl.at/R8X3v Tiktok MDA : https://shorturl.at/E0SIq

131,000 views

Diterbitkan 26 Ogo

Apakah perbezaan MPOX, Chickenpox dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)? Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan. Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini. #MalaysiaSihat

176,000 views

Diterbitkan 23 Ogo

Tanda jangkitan mpox adalah ruam dan lepuh di badan, terutamanya di muka, tapak tangan dan tapak kaki. Pesakit juga boleh mengalami demam, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang dan bengkak kelenjar limfa. Golongan yang berisiko untuk penyakit mpox yang teruk ialah kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai tahap imun yang rendah. Pesakit boleh mengalami komplikasi jangkitan seperti lesi pada kornea, radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah. #KKMPrihatin #KKMSihat #MalaysiaMadani

134,000 views

Diterbitkan 20 Ogo

130,000 views

Diterbitkan 20 Ogo

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura. Imej yang ditularkan 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 imej kes mpox tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022. Usah terpedaya dengan mesej yang disampaikan. Elakkan juga daripada berkongsi mesej ini kepada ahli keluarga atau 'groupchat' yang lain. Rujuk sumber rasmi sahaja di platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X. #KKMPrihatin #KKMSihat #MalaysiaMadani

133,000 views

Diterbitkan 15 Ogo

125,000 views

Diterbitkan 15 Ogo

119,000 views

Diterbitkan 15 Ogo

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Situasi Semasa Kes Monkey Pox (MPOX)

122,000 views

Diterbitkan 26 Jul

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒 26 Julai 2024 🔸Terdapat 8 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu (Larut&Matang) Perak, (Gombak) Selangor, (Kuala Krai) Kelantan, dan (Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin) Pahang. Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut. Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ #metmalaysia #statuscuacapanas #NRES #MalaysiaMADANI

165,000 views

Diterbitkan 18 Jul

Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan dilanjutkan bagi membolehkan penguatkuasaan beberapa peruntukan, jika perlu, di dalam Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), seperti: Pegawai yang diberi kuasa boleh mendapatkan maklumat dan menjalankan siasatan kejadian COVID-19 supaya majikan patuh kepada SOP COVID-19 bila diperlukan sekiranya terdapat lonjakan kes COVID-19 luar biasa, Ketua Pengarah Kesihatan boleh mengarahkan kuarantin atau isolasi selain di hospital. #KKMPrihatin #KKMSihat #MalaysiaMadani

145,000 views
12•••5•••101112131415•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 12 daripada 84Seterusnya